Tak Ada Hot Plate Pun Boleh Jadi Tau Sizzling Yee Mee! Mudah Je Nak Buat & Ringkas Bahannya

Share

Siapa selalu kalau pergi mall ke, atau pasaraya yang ada foodcourt, suka order Sizzling Yee Mee?  kepekatan kuahnya, mee dan isi ayam tu memang terliur lah kalau tengok! Apatah lagi kalau letak telur separuh masak atasnya, lagi mengancam!

Apa kata dari selalu makan kat luar je, try buat sendiri pula di rumah. Tak susah pun caranya, mudah sangat kalau ikut cara Noor Atika Mahamood 

ni. Tak percaya? Jom tengok resipinya!

~~ Teringin nak mkn Yee Mee Sizzling,,, tp takde hot plate???
Hokey jom sy tunjuk cara senang. Takde hot plate bukan penghalang, kita cuba guna kuali. Kita yg bt dia.. Benda blh adjust kenapa tak nak try?? 💃

YEE MEE SIZZLING CARA SAYA

Bahan-bahannya :-

– 1 keping yee mee
– 2 sudu makan sos tiram
– 2 sudu makan kicap pekat
– 2 sudu makan kicap manis
– 1 sudu kecil blackpepper (tumbuk)
– ½ kiub ayam
– ayam (potong2)
– 2 ketul cendawan shitake (hiris2)
– 2 biji bwg putih (ketuk & cincang)
– 3 biji lada kering (cuci & potong)
– 1 biji telur
– 1 pokok sawi kecil
– sedikit air bancuhan tepung jagung

Cara-caranya :-

1) Tumiskan bwg putih sampai naik bau, kemudian masukkan lada kering.

2) Masukkan ayam, masak sampai pucat.

3) Masukkan sos tiram, kicap pekat & kicap manis.

4) Masukkan air.

5) Masukkan kiub ayam & blackpepper.

6)Masukkan air bancuhan tepung jagung (utk memekatkan kuah sizzling)

7) Masukkan cendawan shitake. Biarkan masak sebentar.

8) Sendukkan kuah ke dlm kuali lain sbgai ganti hot plate (sy guna kuali kecil) selepas masukkan kuah, masukkan yee mee, sawi & masukkan telur. Hidupkan api & biarkan sehingga telur separuh masak. Siap dihidang.