Kisah seorang peniaga wanita di Pasar Windusari, Magelang di Jawa Tengah memiliki kebolehan luar biasa iaitu menggoreng cucur dalam minyak panas hanya dengan menggunakan tangan mengundang rasa kagum orang ramai.
Masa mula-mula dulu ya agak panas. Sekarang pun (minyak) masih panas tapi taklah macam dulu. Panas sedikit saja, tapi tidak melecur pun,” katanya ketika ditemui pemberita, memetik laporan Suara.com.
Tambahnya lagi, dia sanggup ‘mengorbankan’ tangannya sendiri ke dalam minyak panas adalah semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan supaya jualannya ‘laku keras’.
Bagaimanapun di sebalik kehebatannya ini yang mengundang minat ramai, Rejeki sebenarnya sedang berusaha gigih menyara keluarga memandangkan keadaan kesihatan suaminya yang merosot kerana menderita strok sejak 12 tahun yang lalu.
Melalui hasil jualan cucur dengan gaya ‘berani mati’ itulah, Rejeki mampu menanggung pengajian ketiga-tiga anaknya, iaitu Muhammad Andi Suryo Nugroho, Diah Ayu Wulandari dan Muhammad Zulham Saputra.
Manakala si bongsu, Muhammad Zulham Saputra kini sedang bersekolah di sekolah menengah dan segala kos persekolahan dan perbelanjaannya ditanggung Rejeki menggunakan wang hasil jualan cucur tersebut.
Sumber: Suara Jawa Tengah & agendasolo_id
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club