Kisah seorang peniaga wanita di Pasar Windusari, Magelang di Jawa Tengah memiliki kebolehan luar biasa iaitu menggoreng cucur dalam minyak panas hanya dengan menggunakan tangan mengundang rasa kagum orang ramai.“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!Sri Rejeki, 55,mengakui  bakat istimewanya itu  sudah wujud sejak 2017 lagi yang mananmampu merendamkan tangan ke dalam minyak panas tanpa rasa sakit.

Masa mula-mula dulu ya agak panas. Sekarang pun (minyak) masih panas tapi taklah macam dulu. Panas sedikit saja, tapi tidak melecur pun,” katanya ketika ditemui pemberita, memetik laporan Suara.com.“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!Jujur mengakui tiada amalan khussu untuk jadi ‘kebal’ sebaliknya ibu kepada tiga anak ini langsung tidak bersandarkan kepada apa-apa ‘rahsia’.“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!“Saya tidak pakai doa khusus. Yang paling saya (selalu) baca ialah Bismillah, itu saja. Nak mulakan jualan, ya baca Bimillah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sanggup ‘mengorbankan’ tangannya sendiri ke dalam minyak panas adalah semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan supaya jualannya ‘laku keras’.“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!Untuk rekod, awalnya Rejeki hanya mampu membuat cucur sebanyak satu kilogram tepung sahaja setiap hari. Namun kini dia sudah mampu menghabiskan kira-kira lima kilogram tepung sehari.

Bagaimanapun di sebalik kehebatannya ini yang mengundang minat ramai, Rejeki sebenarnya sedang berusaha gigih menyara keluarga memandangkan keadaan kesihatan suaminya yang merosot kerana menderita strok sejak 12 tahun yang lalu.“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!Suaminya, Slamet, 60, tidak lagi mampu bekerja dengan kuat seperti dulu. Malah kini hanya menjalankan servis tukar tayar motosikal di rumahnya, namun pendapatannya tidaklah seberapa.

Ads

Melalui hasil jualan cucur dengan gaya ‘berani mati’ itulah, Rejeki mampu menanggung pengajian ketiga-tiga anaknya, iaitu Muhammad Andi Suryo Nugroho, Diah Ayu Wulandari dan Muhammad Zulham Saputra.“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!Difahamkan, Muhammad Andi kini sudah berkeluarga dan menetap di Pekan Baru, Riau. Diah Ayu pula baru sahaja bergraduasi dari Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta dengan berjaya merangkul ijazah sarjana muda pangkat satu (cemerlang).

Manakala si bongsu, Muhammad Zulham Saputra kini sedang bersekolah di sekolah menengah dan segala kos persekolahan dan perbelanjaannya ditanggung Rejeki menggunakan wang hasil jualan cucur tersebut.

Ads

Sumber: Suara Jawa Tengah & agendasolo_id

“Tak Ada Doa Khusus, Nak Mula Jual Baca Bismillah.” Mak Cik  ‘Kebal’, Celup Tangan Dalam Minyak Panas Goreng Cucur Buat Ramai Kagum!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI