Terasa tidak tahu untuk beraktiviti sepanjang PKP ini apa kata kita menanam pokok sawi tanpa perlu keluar rumah.
Mamadai gunakan lebihan keratan batang sawi yang kita masak, dan kemudian letakkan pasu tersebut dibalkoni rumah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nora Razak ini. Jom semak.
Jom kawan-kawan boring kat rumah.. ikut akk buat… Nampak berjaya
PertaMa kli akk buat… Pendek sngt akk potong btg sawi. Alhamdulillah cubaan pertama nmpk berjaya..
Potong tinggi sikit btg sawi atas daun
pucuk yg bru nk hidup .. rendam dgn
sikit air.. Air perlu ditukar hari2.. takda
btg sawi busuk sbb air dh koto…
Btg sawi hari ke 3 dipindahkan di cocopeat.
Batang sawi mula hidup …hari ke 7 daun dh mula kembang…jom cuba.
sumber :Nora Razak via Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur
Ayah Ni Sibuk Siapkan ‘Order’ Jambangan Duit Tanpa Tahu Itu Untuknya Dari Anak, Buat Warganet Tersentuh Hati!
Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak mampu dibalas waima dengan wang ringgi yang menimbun. Kerana itu anak-anak dituntut supaya berbuat baik kepada kedua-duanya kerana pada merekalah terletaknya syurga.
Baru-baru ini, seorang wanita bernama Salwani menerusi laman Twitternya telah memuatnaik satu foto ayahnya sibuk menyiapkan ‘order’ seseorang padahal sebenarnya, jambak duit itu untuknya daripada anak-anak tercinta.
Salwani sebelum ini pernah memuat naik kisah arwah ibunya sehingga tular. Kini dia berkongsi kisah ayahnya. Cukup menyentuh hati kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.
Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sbb dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon.
Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada
Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sbb dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon. 😂😂 Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada 🥺😢 pic.twitter.com/tKAjzRhiZF
— sunflower 🌻 (@chipchipnoi) July 25, 2020
Rata-rata meluahkan rasa sebak dan mendoakan semoga terus berbakti kepada ayahnya.
Yup. Bila mak ayah dah takde hilang satu rahmat di dunia. Hargailah ibu bapa anda. Jagalah mereka sebaiknya🙏
— Mimpimika|Beauty.store (@itssykn) July 26, 2020
Salah satu kebahagiaaan dunia bila dapat bahagiakan mak ayah. Mak dah takde. Tinggal yang ni sorang je yang masih lagi boleh dihargai. Semoga panjang umur ayah. Semoga panjang umur. Tak minta banyak pun. Semoga terus panjang umur ayah. Bagilah masa utk anak anak terus berbakti 🤲
— sunflower 🌻 (@chipchipnoi) July 26, 2020
Ini Resipi Cocktail ‘7 Keturunan’ Guna Bahan-Bahan Ini, Jadi Minuman Lebih Sedap.
Sebenarnya nak buat cocktail ada cara rahsia supaya ia menjadi lebih sedap.
Tidak dinafikan semua tahu cara membuatnya amat mudah, namun penyediaan bahan-bahan itu adalah rahsia menjadikan cocktail itu rasa lain dari yang lain.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini mengunakan bahan-bahan ini supaya rasa cocktail lebih enak untuk dihidangkan.
Bacaan menarik: Pernah Ikat Perut Dengan Gaji RM1,500, Siap Hantar Ke Kampung RM400, Wanita Ini Buktikan Bebas Hutang Seawal Usia 30an.
Bacaan menarik: Gaji Sikit Atau Banyak Kena Tahu Had Berbelanja Dan Berjimat, Deep Pesanan Perunding Kewangan Ini.
Jom lihat resipinya.
Resepi rahsia ni dah hampir 7 keturunan dalam simpanan. Hari ni saya berbesar hati nak bongkarkan rahsia resepi cocktail ni untuk ahli group Masakan Berpuaka.
Cocktail 7 keturunan.
Bahan dan cara cara baca dan tengok sendiri. Sila focus. Susah nak buat ni.
Nota kaki
Ni sebenarnya resepi kawan saya Linda martopo
Bahan-bahan
Ni bahan bahannya. Yang takde cuma ais. Takkan ais pun tak tahu kan.
Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Air dia tak sedap. Nanti jadi masam. Ntah ye ntah tidak aku ni haha
7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation ni je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah buh 2 tin.
Whipping cream kotak kecik je. Kawan saya ajar buh semua 1 kotak. Ni penting. Kalau tak ada ni memang kurang kick dia kata.
Susu pekat setengah tin. Rasa la sendiri ikut selera kemanisan wajah masing masing.
Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua.
Lupa nak ambil gambo laici. Air laici kalau nak guna buh sikit je. Jangan buh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan buh ais, siap la.
Isteri saya cakap “abang sedapnya. Pandai abang buat”. Saya tersipu sipu malu. Merah muka. Hihi
Apa lagi, jom cuba buat resipi yang enak ini.
Sumber: Hafidz Idri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dok Dengan Bapa Keno Rock Sikit.Relax La Mummy.”Fizo Omar Ajar Anak Berbasikal, Komen Bekas Isteri Buat Ramai Terhibur!
Baru-baru ini pelakon, Fizo Omar berkongsi momen bersama anak perempuannya. dalam perkongsian tersebut, Fizo mengajar anaknya menaiki basikal.
ALA NAIK BASIKAL JER!
.
Nampak simple je kan, gambar anak naik basikal?
.
Perasaan seorang bapa pg ke kedai basikal utk belikan hadiah basikal kpd anak berbeza dgn pg ke kedai kereta utk beli kereta mewah utk diri sendiri.
.
Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat rasa dan perasaan utk menggembirakan hati si buah hati.bila tgk betapa excitednya si anak dpt basikal dan trying so hard utk kayuh dgn penuh perasaan, itulah nikmat sbgai seorang ayah yg tak dpt dibeli dgn nilai wang ringgit.si anak kecil tidak tahu menilai dari segi berapakah harganya, tapi moment yg dicipta oleh kita sendiri disebalik kesibukan mengejar dunia sehingga kita terlupa inilah nikmat yg paling ultimate bila bergelar ayah.
.
Kadang si Ayah terlupa apa yg si anak perlukan kerana ayah terlalu sibuk dgn ‘dunia’ ayah.
.
“Ayah berkerja siang malam, cari makan utk anak-anak”…. ye betul, tapi adakah hanya beri ‘makan’ akn terus membahagiakan anak2? Kadang simple effort in shot moment tu memberi impak yg besar terhadap anak2.
Bila dah ada anak ni membuatkan kita sbgai ayah yg juga pernah bergelar anak,lebih menghargai jasa ibu bapa kita sebelum ni.
.
Ayah,daddy,baba,papa,abah dan sesiapa yg bergelar bapa, appreciate this moment sbb bila ianya berlalu dan takkan mungkin dpt berpatah balik.dunia yg dikejar takkan pernah dapat,tapi kebahagian yg dicipta akan mewarnai dunia.
Dalam pada itu, aksi anaknya Maryam berbasikal mengundang perhatian ramai, termasuklah bekas isteri Fizo iaitu Mawar. Dalam komennya Mawar menyebut tentang rambut Maryam yang serabai dan meminta bekas suaminya itu merapikan sedikit.