Kita selalu anggap apabila lelaki dan wanita bersama di bawah satu ikatan pernikahan, maka secara automatiknya akan memiliki anak. Kerana itu, soalan pertama yang ditanya bila belum dapat anak adalah ‘merancang ker’. Mungkin di awal perkahwinan di anggap fasa berbulan madu, memasuki bulan awal bulan keenam dan seterusnya mula soal anak timbul.
Sedih, kecewa dan pelbagai lagi rasa bergayut dalam diri membuatkan hubungan antara suami isteri berantakan. Lebih memburukkan keadaan bila mana orang disekeliling menjadi duri dalam daging, bertanyakan soal anak menambahkan lagi tekanan.
Cuba hadamkan perkongsian dari Dr Syahr Musafir ini. Semoga mendapat manfaat daripadanya. Buat wanita di luar sana yang belum memiliki anak, bertabah dan bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman.
Kisah kami bermula apabila kami bernikah pada pertengahan Januari, cakap-cakap orang mula kedengaran apabila isteri saya belum mengandung sekitar Julai tahun itu.
Bagi kami, kami baru 6 bulan bernikah, logiklah belum mengandung. Tetapi bagi mereka, kami sudah 6 bulan bernikah, kenapa masih belum mengandung?
Aduh, bab ini sensitif. Sangat sensitif.
Serba-sedikit saya boleh relate, dengan pasangan suami isteri yang belum atau tidak dikurniakan zuriat. Walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ada, ada pengalaman dan pernah rasa perasaan perlu menghadapi pertanyaan orang.
Tak dapat saya nafikan, disebabkan soalan-soalan sebegini, terbit rasa risau dalam hati, jiwa dan benak fikiran saya. Ada masalahkah? Tak suburkah? Salah carakah? Perlu berubatkah? Macam-macam.
Antara saya, seorang lelaki bergelar suami, dan isteri, seorang wanita yang sepatutnya menjadi ibu, sudah pastilah isteri lebih tertekan perasaannya berkaitan hal ini. Jangan tanya kenapa dan bagaimana, sudah sifat jiwa wanita itu lebih terusik dan sensitif pada topik hamil, anak, menyusu dan seumpamanya. Suami memang jenis lebih rileks, tenang, rasional, sebab tak terbawa emosi sangat. Ye ke?
Kalau tak dapat anak, tak bahagialah hidup, tak lengkaplah hidup, bla bla bla…
Berlaku juga episod memujuk dan menenangkan isteri. Si isteri jadi serabut, si suami pun jadi pening. Kesian 😅
Ads
Saya nak cakap apa sebenarnya ni?
Hmmm…
Saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk hamil, bersabarlah.
Mudah kan suruh orang sabar? 😅
Betul saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk mengandung, kena sabar dan tambahkan kesabaran.
Buka mata, buka hati, lapangkan jiwa, tarik nafas panjang-panjang, dan berhenti risau sekejap supaya kita boleh berfikir.
Cuba fikir, ada orang perempuan bergelar isteri, mudah mengandung. Anak bukan seorang atau dua orang, tetapi sampai 3, 4, 5 orang, bahkan lebih lagi.
Tetapi suami tak sayang.
Ads
Wanita itu dipukul, ditipu, dicurangi, diceraikan, diperburukkan, macam-macam.
Dapat mengandung dan melahirkan, tetapi suami tak sayang. Azab rasanya, tak larat nak menanggung.
Kita, wanita bergelar isteri yang belum ada rezeki nak mengandung ini, suami selalu ada dengan kita, siang malam jaga kita, baik dengan kita, sayang kita, kan semua ini kebahagiaan?
Lebih hebat lagi, walaupun bertahun-tahun nikah tetapi belum ada anak, tetapi suami kita tak curang pun, tak berzina dengan perempuan lain, tak bernikah dengan perempuan lain tanpa izin kita, bla bla bla. Elok je semua. Suami setia.
Habis tu, kenapa risau sangat pasal tak ada anak maka tak bahagia? Kenapa tak lengkap hidup ini tanpa anak?
Tak saya nafikan, anak adalah salah satu sumber kebahagiaan. Tetapi anak bukan satu-satunya kebahagiaan.
Mempunyai suami yang baik adalah nikmat dan sumber kebahagiaan.
Mempunyai suami yang setia adalah pelengkap kehidupan.
Tak perlu stress, tak perlu serabut.
Ads
Nak usaha supaya dapat anak, lakukan dengan tenang.
Jangan buat kerana kerisauan melampau, serabut dengan cakap-cakap orang, nak buktikan kita tak mandul, bla bla bla. Ingatlah selalu, perihal anak ini bukan perihal kita, tetapi Tuhan. Anak adalah anugerah Allah ikut Allah nak beri atau tidak, bukan ikut suka hati kita nak buat anak macam kita buat kuih.
Jangan selalu kita letakkan memiliki anak sebagai titik fokus kebahagiaan, tetapi selalulah ingat memiliki suami yang baik juga adalah titik fokus kebahagiaan.
Jaga keperluan suami, hormati suami, permudahkan urusan suami, sangka baik dengan suami, bahagiakan suami, semua ini juga adalah titik fokus yang melengkapkan kehidupan kita.
Tak memiliki anak tak bermaksud tak bahagia.
Jangan kita lupa, Allah beri kita kebahagiaan dengan pelbagai cara. Jangan kerana kita mahukan kebahagiaan memiliki anak, kita hancurkan kebahagiaan memiliki suami yang baik.
Jaga dan uruskan apa yang kita ada dengan baik adalah jauh lebih penting berbanding merisaukan perkara yang kita tidak punya.
Allah Maha Baik, kan? Subhanallah walhamdulillah.
Saya tulis ni, nak pujuk hati. Biar selalu bersangka baik pada Allah, jangan pernah fikir buruk kenapa Allah tak beri rezeki zuriat kepada kita. Ingat selalu, anak bukan segala-galanya.
Nak cantik bukan mudah. Selain amalan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan yang membantu untuk cantik, makananlah menjadi tunjang utama untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik.
Sebagai wanita, memilih makanan yang tinggi khasiat amat membantu untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik. Apa yang wanita perlu tahu, banyak makanan yang khusus untuk kecantikan dalaman wanita. Apakah jenis makanan itu?
Kapsikum Merah
Sebiji buah kapsikum merah mengandung 100 peratus keperluan vitamin C harian anda. Malah sayur ini juga mengandungi serat diet dan vitamin B6.
Coklat
Antioksidan dalam coklat menghilangkan masalah kulit kasar dan dikatakan mampu melindungi kulit daripada sinar matahari. Bukan itu sahaja, malahan koko dalam coklat juga buat arteri jadi lebih relaks.
Salmon
Bagi peminat ikan salmon, andalah wanita paling bertuah. Yang anda perlu tahu, ikan salmon kaya dengan lemak omega-3 yang membantu mengurangkan inflamasi, kedut dan juga masalah jerawat. Hebat bukan?
Minyak Kelapa
Minyak kelapa kaya dengan vitamin E yang dapat melembutkan kulit dan bebas jerawat. Jika anda penggemar minyak kelapa dara, cuba anda bayangkan kuasa hebatkan kepada kulit anda.
Teh Hijau
Teh hijau sememangnya sihat untuk tubuh. Mengapa? Kerana kandungan L-theanine yang terdapat di dalamnya membantu tubuh menjadi lebih relaks dan mengubati stress. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau panas sekarang.
Bayam
Sayur bayam memang banyak khasiatnya. Bagi aspek kecantikan, bayam yang tinggi antioksidan mampu melawan semua jenis masalah kulit. Jadi mengapa anda harus mengelakkan sayur ini? Menu bayam rebus atau ditumis dengan sedikit minyak sudah menjadikan ia berbaloi dan untuk nampak cantik.
Chia Seed
Chia seed mungkin baru diterima dalam masyarakat kita sedangkan makanan ini sudah lama diketahui akan khasiatnya. Lemak Omega-3 yang terdapat dalam flax seeds dan chia seeds sempurna untuk melawan kedutan dan jerawat.
Seleri
Seleri yang selalunya dimakan mentah bersama sos istimewa juga dijadikan bahan sampingan dalam sup sebenarnya banyak menfaat untuk kulit cantik. Ia mengandungi sodium dan potasium yang membantu kulit dari dehidrasi.
Betik
Buah tempatan ini usah dipandang remeh kerana fungsinya cukup besar untuk kulit yang cantik. Betik rendah fruktosa dan mengandung nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten, yang bagus untuk jerawat.
Lobak Merah
Selain baik untuk kesihatan mata, lobak yang kaya dengan vitamin A ini mampu mencegah produksi sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Mata cantik kulit pun tampil cantik. Jom amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih sebulan yang lalu, Syatilla Melvin, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam keguguran selepas pulang dari bercuti.
Walaupun sedih, namun pasangan ini menerima dengan reda dan menganggap tiada rezeki.
Namun, hari ini Syatilla, 27, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil lagi.
Lebih bermakna lagi, berita tersebut menjadi hadiah buat suaminya yang menyambut ulang tahun ke-36 hari ini. Syatilla memuat naik berita gembira itu di laman instagramnya.
“Alhamdulillah, ini rezeki Allah. Sejujurnya, saya pun tidak menjangka cepat sangat sebab baru saja gugur bulan lalu.
“Ada hikmah bulan lepas sata keguguran sebab mungkin Allah nak bagi birthday present kat baby besaq ni?besday besday laki ku.
“Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla turut meletakkan #sumpahtakkomplotdengankakipaq (sumpah tak komplot dengan kakak ipar), Datin Zizie Ezzete yang kini sedang hamil anak kedua.
Syatilla dan Shaheizy mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 16 bulan.
Santan kotak kalau kita beli pek besar, lebihannya terpaksalah kita simpan di dalam peti ais. Kadangkala kalau tak sempat masak, santan yang kita simpan basi begitu sahaja. Sudahnya terpaksa dibuang dan membazir.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di facebooknya ini memang wajar kita contohi. Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ini cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama sebab biasanya saya beli kotak kecil. Sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3 hari. Dah busuk kenalah buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim. Bajet untuk sekali pakai repack lepas tu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Kena ada tiga bahan ni. Plastik aiskrim paling penting.
Asingkan dalam plastik aiskrim kecil. Guna setiap satu plastik setiap kali nak guna.
Simpan Santan Lebih Lama
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.
2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.
3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.
Kredit: Nelisa Sofea
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.