Zaman sekarang ni nak timbul fitnah senang je, semua di hujung jari! Ramai yang suka berkongsi tanpa selidik latar belakang sesuatu cerita.
Menjadi salah seorang mangsa fitnah, pelakon Elisya Sandha meluahkan perasaan berang apabila dituduh bergaduh dengan keluarga mentuanya, iaitu pengarah dan penerbit, Sheila Rusly dan Jinggo.
Dakwaan tersebut muncul selepas adik kepada pelakon Fasha Sandha ini berkongsi keluarga kecilnya telah berpindah keluar dari rumah mentua untuk menetap di kediaman mereka sendiri.
Perkara ini dikongsikan di laman Instagran miliknya yang memuat naik tangkapan skrin YouTube memaparkan tajuk video berunsur ‘clickbait’.
“Saya tak faham dengan manusia bernama Cik Koci, saya dengan mentua gaduh?? Headline tu pun dah salah, tolong jangan disebbakan nak viewers tinggi buat headline yang TIDAK BENAR.
“Whoever this Cik Koci is please remove headline yang salah tu ya. Respect my family,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ibunya, Hatijah Tehman memohon anaknya itu untuk bersabar dengan ujian ini.
Malah, rata-rata pengikutnya menyarankan supaya Elisya saman pemilik Youtube tersebut dan meminta supaya dia bersabar dengan ujian ini.
Sekadar info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.
Sumber : Instagram Elisya Sandha