Hiburan

‘Tahun Terakhir Sebagai Penyanyi’ Aliff Syukri Tarik Diri Dari Dunia Nyanyian

Share

USAHAWAN kosmetik terkenal dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, 37, membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia nyanyian.

Menurutnya, beliau berkeputusan sedemikian atas faktor semakin berusia dan sering terpalit dengan isu kontroversi.

Baru-baru ini beliau dikecam hebat kerana mengeluarkan lagu raya yang dikatakan tidak menghormati budaya dan agama sendiri.

“Tahun ni adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini paling suwey (malang).

“Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan.

“Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” jelasnya kepada Harian Metro

ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya di Glamhall Damansara pada petang Ahad.

Beliau juga menjelaskan bahawa keadaan ekonomi sekarang turut menyebabkan kes samannya mencabar dan memberi kesan kepada emosinya.

Pengunduran beliau dalam dunia nyanyian turut dianggap sebagai pembuka jalan kepada artis-artis baharu nak up (BBNU) untuk menyerlah.

“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya.

“Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” sambungnya lagi.

HANYA GURAUAN HARI APRIL FOOL

Pada April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.

Rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubungan dengan kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik beliau.

Menurut Aliff, video teaser yang dimuat naik itu cumalah prank untuk hari April Fool sahaja. Dia hanya ingin bergurau dengan rakyat Malaysia.

Telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

Beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang lebih gemar dengan ‘content’ (kandungan) yang diciptanya berbanding objektif utama perniagaannya.

Katanya ia secara tidak langsung memaksanya untuk menghasilkan kandungan yang dapat alih perhatian netizen hingga berdepan dengan kritikan dan kecaman.

“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menambah, orang di negara ini lebih gemar melihat kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.

MESTI BACA: Anak Datuk Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital. “Allah Saja Yang Tahu Takutnya Saya”

“Kopiahnya Masih Di Kepala” Bapa Mentua Datuk Aliff Syukri Meninggal Dunia, Mohon Doakan Arwah!

“Tak Ada Wanita Dalam Dunia Ini Terima Dirinya Dimadukan, Sakit & Pedih” -Datuk Seri Aliff Syukri

SUMBER: Harian Metro

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my