Siapa yang tak geram melihat wajah puteri kesayangan pasangan sama cantik sama padan, Nur Fazura dan Fattah Amin ini. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis itu membuatkan ramai yang teruja.
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah comel Nur Fatima Aisya pastinya diwarisi oleh baka cantik dan kacak ibu bapanya.
Terbaru, gambar keluarga ini menjadi tumpuan peminat yang sememangnya tak sabar untuk melihat penampilan pertama Fatima Aisya bersama ayah dan mummy sempena hari raya.
Melihatkan senyuman manis yang dilemparkan si kecil ini membuatkan ramai yang geram dan cair. Pandainya dia melihat ke arah kamera sambil memberikan senyuman manis.
Dua keping gambar dimuat naik Fazura untuk penampilan mereka sekeluarga sempena hari raya. Tampak simple dengan pilihan rona merah jambu tetapi menyerlahkan penampilan.
Rata-rata berkongsi ucapan hari raya buat pasangan ini selain turut memberi komen geram dengan kecomelan Fatima.
Sumber: missfazura