“Tahun Lepas Datang Pening, Mabuk & Muntah. Kali Ni Bawa Yusoff Dalam Keadaan Sihat. DS Nur Shahida Kongsi Pengalaman Umrah Ketika Mengandungkan Anaknya.

Share

Bukans emua orang bertuah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Bagi Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pemergiannya kali ini untuk menunaikan umrah lebih manis dan bermakna kerana ditemani si kecil Yusoff Al-Qardawi.

Dalam perkongsiannya menerusi laman instagram, isteri kesayangan Dato Seri Aliff Syukri ini memberitahu, sebelum ini dia pernah menunaikan umrah ketika Yusoff masih dalam kandungan.

Menurut Datin Seri  Nur Shahida lagi, ketika hamil, dia sudah mendaftar untuk menunaikan umrah. Namun hatinya berbelah bahagi sama ada mahu pergi atau tidak.

“Waktu mama baru pregnant yusoff tahun lepas 2017….kebetulan dah daftar umrah….berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak….sbb nak tunggu @yusoffalqardawi lama baru dapat lepas last bersalinkan abg @baem_adham 6 tahun lepas,”tulisnya di kapsyen.

Namun, dek kerana tidak mahu melepaskan peluang tersebut, Datin Seri Shahida percaya jika sudah rezeki maka Allah pasti akan bagi.

“Tapi kan mama fikir kalau tuhan nak bagi rezeki Insya Allah ada…kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga2 kalau dan Allah kata bukan rezeki kita x dapat juga…
.
“So pergilah mama ke sini dgn pening mabuk,muntah dan mcm2 simpton mama bawa ke mekah dan madinah ni…Sekarang mama datang lagi bawa yusoff pula kan…..dalam keadaan sihat ceria,”ujar Datin Seri Shahida lagi.

Biarpun pemergian dua beranak ini tidak ditemani oleh Dato’ Seri AliffSyukri, namun mereka selesa dan tiada sebarang masalah di sana.

Ini dilihat menerusi beberapa video dan juga gambar yang dikongsikan oleh Datin Seri Shahida di instagramnya.

Malah, Dtain Seri Shahida turut mengakui anaknya itu cukup baik dan tidak banyak ragam sepanjang mereka di sana.

Sumber: IG shahidadherbs