Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menyedari ramai peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bayi yang bakal lahir, pasangan ini sering memuat naik perkembangan terbaru mereka.
Terbaru, pasangan ini menerusi posting di InstaStory pasangan ini memuat naik gambar berada di dalam pesawat ke Australia.
Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ini mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung.
Difahamkan, Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.
Sebelum itu, ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff turut memuat naik perkongsian yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub