Tahun baru 2025 bermakna lahirlah generasi baru iaitu generasi beta! Siapa sebenarnya Generasi Beta ni?
Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini 2025 hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Generasi ini didakwa bakal ubah dunia dengan teknologi dan inovasi. Mereka disifatkan membesar dan hidup dengan kemajuan teknologi dan memilik kecerdasan pengetahuan tentang dunia digital yang sangat mendalam.
Generasi Beta ni ibarat versi ‘update’ manusia moden sentiasa berevolusi, belajar benda baru, dan sangat cepat adapt dengan perubahan.
Generasi ini dilihat sangat terdedah dengan teknologi moden dan membesar dalam dunia yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), inovasi digital, serta perubahan yang sangat cepat.
Nama “beta” diambil daripada konsep teknologi, di mana versi beta merujuk kepada sesuatu yang masih dalam fasa percubaan dan pengembangan, bermaksud generasi ini sentiasa berevolusi dan adaptif terhadap perubahan.
Perbezaan Generasi:
Gen X: Lahir 1960-1980
Gen Y (Millennials): Lahir 1981-1996
Gen Z: Lahir 1997-2010
Gen Alpha: Lahir 2010-2025
Gen Beta: Lahir selepas 2025
Ciri-ciri kanak-kanak Gen Beta didakwa lebih pantas berfikir, cepat belajar teknologi baharu
kreatif dan kritikal dalam menyelesaikan masalah, mudah beradaptasi dengan perubahan global.
KELAHIRAN BAYI GEN BETA
Memetik laporan Berita Harian beberapa bayi telah dilahirkan dibeberapa buah negeri setelah masuk tahun 2015.
Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 20 kelahiran bayi tahun baharu dilaporkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban setakat 1.30 tengah hari tadi.
Menurut data yang dikeluarkan HTJ, daripada jumlah itu 14 adalah bayi perempuan termasuk dua pasangan kembar yang dilahirkan awal pagi tadi.
Di PAHANG, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan menyambut kelahiran 10 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan pada tahun baharu setakat 11 pagi tadi, dengan kelahiran terawal seorang bayi lelaki yang direkodkan pada 12.12 tengah malam.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan selain HTAA, hospital daerah Temerloh, Bentong dan Lipis turut merekodkan masing-masing dua kelahiran manakala di Raub, Pekan dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan satu kelahiran.
Di PUTRAJAYA, tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan seberat antara 2.51 kilogram hingga 3.85 kilogram selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya.
Sementara itu di PERLIS, pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dalam kenyataan memaklumkan lima bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan setakat 1 tengah hari tadi.
Di MELAKA, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata seorang bayi perempuan dan tiga bayi lelaki termasuk oleh seorang ibu warga asing dilahirkan di Hospital Melaka bermula tengah malam hingga 8 pagi tadi.
“Tahniah diucapkan kepada semua ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada tahun baharu 2025 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Berita Harian &