Rumah tangga pasti ada manis dan ada ketikanya pahit bak hempedu. Sukar ditelan namun cukup indah kerana perkongsian dua hati yang saling mencintai. Inilah resam berumah tangga. Suami isteri dari dulu dan sekarang mengakui perkara ini. Tapi kenapa kala berdepan dengan masa pahit, ramai pasangan hari ini tidak setabah dan secekal pasangan dulu untuk menanganinya.
Hingga ramai yang mengambil jalan berpisah. Sedangkan ibu bapa kita berdepan dengan situasi yang lebih perit dan mencabar namun tetap kekal bersama hingga ke hujung usia.
Dalam hal ini kita mungkin perlu banyak belajar dari mereka tentang cara melayari rumah tangga agar tak mudah melatah bila berdepan masalah. Jom intai cara mak-mak kita bercinta.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim. Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila melakukan ubahsuai kediaman baru pastinya ia memerlukan sejumlah peruntukan untuk memastikan rumah kelihatan kemas dan cantik.
Berbeza dengan wanita ini, melakukan makeover rumah pusaka di kampung. Hanya menggunakan kayu atau papan terpakai, wanita ini berjaya menjadikan kediaman lama itu kelihatan vintage!
Ikuti lanjut perkongsian ini.
___________________________________________
Rumah buruk…..impian melangit.
Make Over Rumah Pusaka
Rumah pusaka, asalnya separa batu dan separa kayu….rumah kelahiran saya. Berpuluh tahun usianya…mula reput dimakan anai2.
10 tahun lepas, dikurniakan sedikit rezeki utk baik pulih dinding yg mulai mereput… Alhamdulillah dapat naikkan dinding batu. Tapi bajet yg ada tak memberi ruang buat merubah design dan rupa bentuk rumah asal….cukup sekadar selesa dgn dinding yg baru.
Dari situ, berdikit2 memasang impian dan mula belajar untuk ber’diy’….menggunakan sepenuhnya kayu/papan terpakai serta bahan buangan yg sudah tidak bernilai dimata org lain…..beransur-ansur biarpun menelan masa bertahun, melakar dan merealisasikan ‘kampunghouse’…..
Dalam lautan dekorasi terkini, gah dan mewah….sy cukup sekadar merasa bahagia dan berbangga dgn hasil usaha yg tak sepertinya…bahagia yg sungguh sederhana.
Salam kampunghouse dari Kuala Pilah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Desas-desus perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akhirnya disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.
Majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi tadi. Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.
Dalam majlis tersebut, Neelofa sah bergelar isteri kepada lelaki dicintainyaPU Riz, dengan sekali lafaz sahaja.
Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
Pihak pengantin perempuan tidak menyatakan jumlah hantaran, sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018. Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Memilih konsep Jabal Rahmah, majlis tersebut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan tema pilihan pengantin.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.