Pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlynnn dikhabarkan menimang cahaya mata keenam menerusi satu perkongsian di instagram Era fm
Menerusi perkongsian tersebut, dua keping gambar memperlihatkan Johan sedang memegang bayi di atas sofa. Malah, Johan juga dilihat membalas kapsyen yang dimuat naik menerusi perkongsian tersebut.
Alhamdulillah, wife Johan selamat melahirkan cahaya mata baru diaorang semalam , Jumaat, 3 September 2021. Semoga ibu dan baby sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas dari Team ERA! 😂 #sharERA@jozlynnhanania
peminat pasangan tersebut nyata terkejut dengan khabar gembira itu memandangkan baik Johan mahupun Ozlynn tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.
Walaupun pasangan tersebut masih belum membuka cerita mengenai hal tersbeut, pihak Keluarga mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi baru ini. Semoga ibu dan anak sihat selalu.
Setiap pasangan impikan hubungan suami isteri yang harmoni dan bahagia. Sikap pasangan yang saling menghormati pasangan akan membuatkan kasih sayang makin intim. Begitu juga dengan sikap suami yang buat isteri makin sayang.
Berikut ini tanda-tanda suami cinta pada isteri, semoga mampu menambah keharmonian dalam rumah tangga kita semua:
(1) Suami bersedia berbagi tugas mengerjakan pekerjaan rumah
Suami bersedia membantu mencuci piring? Cuci baju? Atau menyapu dan menyapu lantai? Padahal sudah penat pulang dari pejabat. Wah, jangan remehkan kebaikan kecil seperti itu,akan jadi itu adalah isyarat bahawa suami begitu mencintai isteri dan menganggap isteri penting dalam hidupnya.
(2) Suami menempatkan kesenangan isteri sebagai keutamaan
Suami mahu mengangkat barang belanja tanpa disuruh? Membukakan pintu, memperhatikan kesenangan isteri ketika dibonceng di motornya, bertanya apakah isteri ingin menambah makan atau minum ketika sedang jalan ke restoran, ini adalah petanda bahawa suami prihatin dan mencintai istri.
(3) Suami ingin bersama-sama
Mungkin suami tidak terlalu sentimental, tetapi jika Suami selalu ingin bersama dalam perjalanan, melihat pertunjukan, bersiar-siar, atau sekadar keluar rumah di bandar atau pekan, itulah caranya untuk mengatakan dia mencintai Anda.
(4) Sering bersikap mesra
Agak jarang suami yang romantik, tapi kalau ada yang mendapat suami romantik yang suka bersikap mesra, Alhamdulillah, syukurilah, itu petanda suami yang cinta isteri.
(5) Dia kelihatan bahagia
Dia (Suami) akan tampak merasa bahagia dengan kehidupannya. Meskipun ada keluhan, tapi hal itu sebab yang lain. Seperti itulah, jika Suami benar-benar mencintai Isterinya, Dia akan merasa bahagia dengan tetap bersama keluarga tercinta saat senggang atau tidak ada pekerjaan.
(6) Tahu menghargai pendapat isteri
Suami mampu menghargai pendapat sang Isteri. Tidak hanya mementingkan atau mengemukakan serta mendahulukan pendapat peribadi. Yang lebih buruk suka mengambil keputusan sendiri. Suami yang benar sayang dengan Sang Isteri, akan selalu mendengarkan pandangan dari Isterinya meskipun kadang hanya sebuah pendapat sederhana.
(7) Sentiasa tahu
Sentiasa tahu apa yang diinginkan Sang Isteri. Kerana Suami seperti ini akan berusaha mencari tanda yang sudah diberikan sang Isteri. Itu dilakukan kerana ada keinginan untuk membuat Isteri senang, puas, atau bahagia. Atas dasar Cinta.
(8) Lebih mementingkan Isteri
Lebih mementingkan kepentingan Isteri daripada dirinya sendiri. Kecuali itu untuk kebaikan bersama. Dengan alasan dan keadaan apapun, Suami mampu mengalah untuk hal tertentu dari Sang Isteri. Seperti itulah Suami yang benar-benar mencintai Istrinya.
Andaikan atau kalaupun “terasa” belum/tidak ada dari 8 poin di atas. Marilah untuk tetap berfikiran POSITIF, atau kerana sikap atas respon-respon yang telah kita berikan. Semoga Allah memudahkan jalan untuk menuju dan memelihara keluara yang sakinah mawaddah warahmah.
Sumber: sayangsabah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkhabaran duka, apabila semalam, kita dikejutkan dengan pengarah, pelakon dan penerbit popular, AR Badul telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung ekoran masalah salur darah di jantung tersumbat.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal bagi filem era 70-an dan 80-an termasuk filem-filem seperti Panglima Badol, Tuan Badul, Prebet Lapok, Darah Satria dan banyak lagi, kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.
Terdahulu, menurut isterinya, AR Badul atau nama sebenar Armaya Aman Ramlie, 70 tahun, mengadu sakit dada dan berpeluh sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 petang semalam (ahad).
Isterinya, memberitahu suaminya mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.
“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.
“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.
“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” ujar isterinya Maizatul Osman, 39
Foto Juita Johari
Masih dalam pemantauan doktor
“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,”
Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya.
Badul pernah merangkul trofi Aktor Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) kelapan pada 1989. Beliau juga meraih trofi Pelakon Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1989.
Kita sering dengar banyak nasihat yang diberikan dalam menjaga hubungan suami isteri agar kekal bahagia, antaranya adalah isteri perlulah hormat suami dan pihak suami juga perlulah menghargai isteri. Cara bagaimana suami menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan isteri, ianya dilihat dari sudut pandang yang luas.
Andai suami membantu meringankan urusan isteri dalam mengurus rumah tangga, bercakap dengan nada yang lembut, mengingati tarikh-tarikh istimewa dan banyak perkara lain juga adalah suatu cara menzahirkan rasa penghargaan pada isteri. Apatah lagi dengan pemberian hadiah.
Berkongsi kisah tentang cara menghargai isteri, seorang suami ini meluahkan rasa penghargaan kepada isteri tercinta yang sanggup menahan kesakitan beberapa kali demi melahirkan zuriat. Sebagai balasannya, suami ini menghadiagkan kereta Mazda CX-5 buat isteri tercinta, nyata cukup terinspirasi kisahnya.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya;
Hadiah sebab beranak
Alhamdulillah hari ni bagi hadiah kereta kat isteri. Dah lama dia guna Axia sebelum ni. Dia kata ok je naik kereta Axia, dia tak kisah kalau tak beli kereta baru.
Tapi saya tetap belikan hadiah kereta ni sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan dia mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran baby Noura.
Baby Noura lahir pada 15 Mac 2021 Alhamdulillah.
Nampak sangat penat masa mengandung, sakit urat, sakit badan tak selesa. Waktu nak bersalin pula dia kata sakit contraction macam kena langgar lori. Ya Allah tak boleh nak bayang macamana kena langgar lori banyak kali setiap 4 minit.
Tuan-tuan, isteri kita sanggup mempertaruhkan nyawa untuk beranak, ia antara hidup dan mati.
Lepas tu sambung pula pengorbanan dalam proses penyusuan selama 2 tahun, setiap hari tak cukup tidur.
Hadiah kereta ni memang tak dapat nak balas nilai pengorbanan isteri, tapi at least boleh buat dia rasa dihargai. Itu yang penting.
Sebenarnya isteri selalu penat uruskan baby, bila kita bagi penghargaan dapatlah kurangkan sikit rasa penat tu.
Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah ok. Tapi tu lah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada. Jadi nak senang beli je lah rantai ke gelang ke ok dah. Untuk isteri kita juga bukan orang lain.
Kalau tak bagi hadiah material tak apa, yang penting suami kena sama-sama jaga anak dan tolong uruskan rumahtangga. Biar isteri dapat rehat dan kurangkan rasa burnout.
Tapi kan jaga anak dan urus rumahtangga memang tanggungjawab bersama. Itu benda biasa. Buatlah benda special sikit dengan bagi hadiah penghargaan. Berbunga-bunga hati isteri.
Ada hadith tentang pahala belanja isteri dan keluarga adalah ganjaran paling tinggi. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Maksudnya: “Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu belanjakan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu belanjakan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Terima kasih suri hatiku Widyana Ali sebab banyak berkorban untuk abang dan anak-anak.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.