
Penyanyi yang popular dengan lagu etnik klasik, Syura Badron telah selamat melahirkan putera lelaki pada hari Isnin, 13 Mac 2023 bertempat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Berita gembira tersebut dimuat naik oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah.. Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam.
“Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.. Terima kasih di atas segala doa yang tak hentio-henti dari semua..
“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini..” tulisnya.
Malah, dalam perkongsian yang sama, mereka juga turut mendedahkan nama anak lelaki mereka di akhir kapsyen tersebut.
“Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan kata tahniah atas kelahiran putera mereka.
Sekadar info, Syura berkahwin dengan pilihan hatinya, Farizat pada 22 Januari tahun lalu.
Sebelum ini, Syura pernah berkahwin Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Sumber : instagram mr.farizat
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
“Perkahwinan Ni Komitmen Bersama, Berkhidmat Untuk..” Ringkas & Padat Nasihat Ibu Shila Amzah!

Meskipun sudah beberapa hari berlangsungnya majlis untuk penyanyi Shila Amzah dan pasangannya, Ubai MZ, namun kalau dilihat di sosial media masih ada lagi mengucapkan kata-kata kepada kedua mempelai tersebut.
Termasuklah ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman, hari ini memuat naik perkongsian baru di laman Instagramnya yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina anaknya itu bersama lelaki pilihannya, Ubai MZ.
Di samping itu, Fauziah turut memberi nasihat kepada Shila dan Ubai dengan berpesan untuk sentiasa menjaga dan pelihara rumah tangga mereka.
“Assalamualaikum. Selamat pengantin baru buat anak-anakku Ubai dan Shila.
“Selamat menempuh alam perkahwinan. Banyakkan berdoa untuk kemudahan dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
“Perkahwinan ni satu komitmen bersama, berkhidmat untuk satu sama lain. Segala kebaikan suami isteri akan jadi satu ibadah, ladang pahala buat pasangan.”tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi senior Datuk ND Lala itu berkata, dia percaya Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mampu membimbing anaknya dengan baik.
“Mak nak tengok anak-anak mak bahagia, mak tumpang happy. Mak percaya Ubai boleh bimbing Shila dan anak-anak Shila akan datang. Insya-Allah.
“Mak doakan semoga Ubai dan Shila menjadi suami dan isteri yang baik yang soleh dan solehah.
“Semoga cepat menimang cahaya mata. Semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Amin ya Allah ya Mujib.” tambahnya.
Terdahulu, Ubai dan Shila selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Boathouse, Ampang, pada 5 Ogos lalu.
Sumber: Instagram
“Tak Perlu Serang Pihak Ketiga Bila Suami Curang, Angkat Darjat Kita Sebagai Isteri”, Wanita Ni Kongsikan Pengalamannya!

Isi Kandungan
ToggleDrama bersiri Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan setiap petang membuatkan ramai wanita melepaskan rasa meluap-luap di media sosial. Semuanya gara-gara kecurangan yang dilakukan sang suami. Sakit hati bila mana isteri yang baik dan patuh dizalimi dan dikhianati cintanya.
Sakit memang sakit bila melaluinya namun ada baiknya kita sebagai isteri jaga martabat diri kita. Jangan jadi hina seperti wanita perampas. Itu yang dikongsikan wanita bernama Ila Fadzilah di facebooknya. Pengalaman pernah dicurangi suami membuatkan dia makin tabah. Benar kata-katanya.
Dek kerana penangan drama #janganbencicintaku dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.
Cumanya saya boleh katakan pada wanita, bila suami berlaku curang, angkatlah darjat anda sebagaimana Allah mengangkat darjat anda dengan ujian sedemikian. Tak perlu serang atau konfront (semuka) pihak ke 3, fokuskan pada isu antara anda dan hubungan anda dengan suami.
Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango.
Usah rendahkan diri pada mereka sebab martabat anda lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Selesaikan isu dengan suami. Usah buang masa memikirkan pihak ke 3 yang biasanya akan sentiasa rasa mereka lebih bagus dan ‘menang’ kerana mampu buat seorang lelaki berkahwin jatuh cinta kali kedua dengan godaan dan pujukan.
Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.
Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga.
Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke riba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah. Jangan menyiksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti
atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.
Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran. Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati.
Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecurangan suami di media sosial. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.
Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubungan terlarang (berkahwin atau suka-suka).
Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat
hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.
Wahai isteri! Kita bukan Malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan maksiat. Kita juga bukan malaikat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami. Kumpulkan bukti kecurangan suami.
Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecurangan akan berakhir dengan perceraian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang menceraikan.
Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.
Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.
Curang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.
Biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.
Wallahualam.
Kredit: Ila Fadzilah
“Macam Ni Baru Betul Meniaga.” Warganet Puji Cara Restoran Ni Urus Pelanggan, Sistematik!

Tidak dinafikan untuk membuka premis makanan bukanlah satu perkara yang mudah.
Tak kiralah kedai jenis apa sama ada restoran , kedai mamak , kafeteria
atau foodtruck semua mahu premis dikunjungi ramai orang agar perniagaan kita laris.
Tapi jika tiada sistem urusan jual beli yang bagus sudah tentu ia akan membuatkan pelanggan serik untuk datang lagi.
Jika makanan sedap pun jika urusan jual beli tidak di urus dengan baik akan menjejaskan reputasi kedai berkenaan.
Selalunya berlaku adalah misalnya, kekeliruan ketika mengambil pesanan pelanggan, makanan sampai lewat dan langgar Q dan hal-hal berkait.
Menarik dengan perkongsian di twitter, Salleh Fahmi menciap dan memberi pujian kepada kedai makan Nasi Ayam Mafia tersebut dan ciapannya menarik perhatian netizen.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dia berkata, kedai makan tersebut semmangnya mengamalkan konsep berniaga yang baik kerana menjaga pelanggan dalam berusaha memberi layanan yang terbaik.
“Macam ni baru betul-betul berniaga. Jaga customer baik, jaga rider baik, ordering sistem pantas dan teratur siap ada order screen. Jadi, kalau take away efisyen.
“Nak kuah boleh layan diri,, rating Foodpanda beribu-ribu 5 star. Request kuah lebih dapat, bahagian ayam dapat. Servis A,” katanya dalam ciapan kagum dengan cara Restoran Nasi Ayam Mafia layan pelanggan.
Dalam ciapan yang sama, beberapa gambar memberi maklumat tentang bagaimana komuniskasi di antara peniaga dan pelanggan wujud. Ada beberapa kain rentang yang dipasang di kedai tersebut tentang jangan malu untuk follow up order dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga memberikan teh o ais percuma kepada semua para rider tidak kira daripada Foodpanda atau Grab Food yang sedang menunggu pesanan siap.
Meninjau ruangan komen netizen, rata-rata memuji car dan penelitian tentang kepuasan hati pelanggan yang dilakukan oleh kedai makan tersebut.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club