Tahniah! Siti Nurhaliza Biduanita Negara Yang Ke Tiga

Share
Malam penuh gemilang di Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 menyaksikan detik bersejarah apabila penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, diiktiraf sebagai Biduanita Negara yang ketiga dalam sejarah industri seni tanah air.
Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga sekaligus menyaksikan Siti, 43 secara rasminya dianugerahkan gelaran Biduanita Negara ketiga dalam sejarah industri hiburan tempatan.

Sempena gelaran Biduan Negara itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.

Selaras dengan penerimaan anugerah berkenaan, Siti mengumumkan akan melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah pada Khamis, 14 November 2024.

Untuk rekod penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006.
Manakala, gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.
ASN 2024 adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan dalam bidang kesenian negara, sekali gus melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia.