“Tahniah Sayang. Allah Balas Segala Penat Lelah U.” Lan Solo Luah Syukur Bisnes Dapat Anugerah, Dedikasi Buat Isteri!

Share

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit dahulu bersenang kemudian. Perjalanan kariernya bermula dalam bidang nyanyian, namun Lan Solo melangkah setapak lagi dalam dunia bisnes.Siapa sangka, percaturan dia sebelum ini membuahkan hasil. Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya,  pemilik nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof tidak pernah menyangka bahawa segala onak duri yang dilalui kini berbayar apabila merangkul anugerah.

“Tak pernah termimpi Solo Borneo Mart akan sampai ke tahap ni.. yela kedai runcit je kan..! Tapi bila dah rezki. Allah kata Dia nak bagi, Dia akan bagi!“Allahuakbar sangat teruja bila dapat bersama dengan usahawan-usahawan hebat yang jauh lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan kami yang masih baby & banyak belajar lagi dalam selok belok perniagaan.

“Tahniah syg. Allah balas segala penat lelah u,” tulisnya memberikan dedikasi terhadap isteri.

Turut berkongsi rasa syukur dan gembira adalah tulang belakang Lan Solo selama ini iaitu isteri kesayangannya. Menurut Sheila, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa mereka harungi untuk capai sepertimana sekarang.

“CABARAN bekerja suami isteri ni.. erm.. BESAR uolss. Kat umah gado.. smpi opis kene react mcm bahagia. Sebab klo bawak feeling tu, apa pon x jd.

“Ini lah KAWAN, SAHABAT, PENDENGAR SETIA, PENGKRITIK, PEMBANGKANG dan ermm.. for sure banker KY!

“Guys, jaga selagi ada.. sayang selagi setia.. hormat selagi daya.. cinta sampai syurga. Kita x tahu smpi bila hayat kita, korbanlah apa sahaja untuk bahagia. Terima kasih suami.. acece..! .

“Next post adalah appreciation kepada tulang belakang yang lain pulak ya.. stay tune!,” tulis Sheila.

Pasangan suami isteri ini telah membuka perniagaan kedai runcit bernama Solo Borneo Mart yang menyediakan pelbagai makanan istimewa dari Sabah dan Sarawak.