Kebijaksanaan seorang anak muda berusia 20 tahun dari Malaysia berjaya membuatkannya terpilih untuk menerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).
Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.
“Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus berjaya,” kata Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter beliau.
Azhar menerusi akaun Twitter beliau semalam memuat naik status bersyukur kerana tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.
Sehingga pukul 8.00 malam tadi ciapan pemuda berkenaan menerima 22,500 perkongsian (retweet) dan lebih 34,400 tanda suka.
adawiyahshowa Tahniah anak muda. Proud to be malaysian
prettypleatsmy Tahniah juga kpd kedua Ibu Bapa Yg dapat mendidik anak menjadi kebanggaan kpd bangsa Dan Negara.
_theputerio mcm mana dia boleh sebijak tu, gifted nyaa