Tahniah kepada Pelakon dan pengacara, Raja Farah yang melahirkan anak keduanya yang juga lelaki pada 7 April lalu.
Bagaimana pun, semalam baru sahaja mengumumkan nama anak keduanya yang diberi nama Ilham Iskandar.
Melalui perkongsian diinstagramnya, beliau mendoakan anaknya menjadi seorang muslim yang mendengar kata dan menjadi anak yang soleh.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t.
This is to annouce the name of our 2nd son.. Ilham Bin Iskandar.. semoga ilham menjadi anak yg Soleh, anak yg Baik Hati, yg bijaksana, menghormati mama & abah, org2 tua serta semua disekeliling kamu..semoga ilham sentiasa dimurahkan rezeki….Semoga ilham sentiasa berjaya didunia & akhirat..Aminnn… Dedah Wajah Anak Genap setahun
“Nway, gambar adik ilham kami hold dulu k? InsyaAllah..genap umurnya 1 bulan, kami akan kongsi kan gambar wajah anakanda tercinta ini..thank you semua diatas doa yg baik-baik.”
Dalam pada itu, Raja Farah belum bercadang untuk berkongsi wajah anak bongsunya sehingga genap sebulan.
Hidup rasa sempurna apabila punya anak-anak
Sebelum itu, Farah telah muat naik diinstagamnya bahawa sejak kelahiran anaknya yang bongsu, anaknya yang sulung kelihatan sudah pandai berdikari.
Jauh disudut hatinya, Raja Farah melahirkan rasa syukur mempunyai cahayamata yang memberikan kebahagiaan buat diri dan suaminya.
“Dah lama tak post gambar Abg..kesian Abg Imran…nak manja2 dgn Mama, but in the same time Mama tgh breastfeed adik…
But Imran has been a very good boy..he is so independent now…cranky & tantrum seeking for attention tu mmg ada…tapi most of the time, dia akan buat Hal sendiri je…
Ya Allah..aku rasa bersyukur sgt dgn semua rezeki & kebahagian yg kau Kurnia kan ini…Alhamdulillah…
Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni.. ? tapi…husband nak baby girl ni…Mama belum boleh rest lah Gaya nye.”
Terdahulu, Raja Farah dan suaminya, Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Imran, 3 tahun.
Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamatanya. Dan mendoakan kesejahteraan anaknya.