Bagi yang mengikuti siaran televisyen swasta TV3, bagi berita sukan tentunya mengenali penyampai TV3 ini. Melalui perkongsiannya personaliti ini, Asrul Nizam Kadir telah berkongsi di instagramnya mengenai berita, beliau dan isterinya, Ezreen Aamir Hamzah telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 8 Julai lalu kira-kira jam 9.46 pagi.
Berita gembira tersebut turut dikongsikan Asrul menerusi Facebook dan Instgram miliknya.
Menariknya tentang kisah yang dikongsikan oleh Nurwany ini, membeli rumah second hand namun apabila dilakukan ubah suai dan hasilnya cukup hebat.
Jom ikuti perkongsian ini.
Aset rumah pertama wany beli! Ni lah rumah original sebelum di ubah suai!
Harga agent letak dari 190k wany dapat 160k.
Downpayment booking 10% 16k cash
Loan lepas around Rm134k loan bank
Kos renovation for all Rm79k cash.
Dan dari mana dapat duit cash around 100k?
Dah ada saving baru lepas nak beli itu ini, payah kalau kerja sendiri tapi kena sabar sebab sabarlah dapat semua ni,peduli apa orang cakap janji boleh aim apa yang nak,dalam business tak aim nak jadi kaya gila,tapi nak ada harta boleh tinggal dekat anak-anak nanti.
Nak bersederhana tapi cukup semuanya yang wany kumpul memang niat nak beli rumah but cakap dekat suami i tak nak beban kan kita masa akan datang so i choose rumah 2nd untuk our first house.
Before this menyewa dari awal kahwin till today around 4 years and half (Rm750 sebulan) u all X lah sendiri. Hasil X ni lah buat wany nekad nak ada rumah sendiri. Sebab bayar rumah sewa pun dah banyak nak mati!
The way i nekad umur 25tahun dari awal tahun 2018 i kumpul duit! Almost one year menabung di Ssp! Sampai lah hujung tahun naik turun bank and doa banyak-banyak agar loan rumah lulus. Konon nak beli cash tapi tulah abah kata jangan!
Alhamdullilah i share ni untuk anak muda luar sana terus rasa nak guna duit dengan cara yg betul, tak payah lah shopping-shoping lagi beli aset yang boleh jamin masa depan.
Kecil /murah takpe asal ada asal selesa,jangan merungut dlm banyak hal,buat dulu lama-lama akan nampk hasil,nak-nak orang business je paham nak beli aset ni bukan main susah kalau management tak betul.
Mungkin dah terlalu lama kami berkahwin. Anak pun dah tiga..jarang sekali nak bermesra dan romantik macam dulu dengan suami. Kadang rasa sunyi. Bila nak manja-manja rasa kekok.
Inilah sebahagian keluhan sesetengah wanita mengenai hubungan suami isteri. Tidak semesra dahulu, ketika mula berkahwin. Hati jadi makin sunyi walaupun dikelilingi riuh rendah anak anak.
Sunyi rasanya bila rumah tangga yang indah dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa aura romantik seperti dulu. Bila ini berlaku, jangan biarkan hari-hari anda dan suami terus suram.
Sebaliknya bangkitlah dan ubah corak kehidupan anda sambil pupuk cinta semula bersama suami tercinta. Ikuti tip ini. Rugi kalau tak buat!
1. Imbau Detik Lama
Ingat semula macam mana suami cuba pikat kita dulu. Tapi kali ini bertukarlah, kita pula yang cuba mendapatkannya semula. Tidak salah kan?
Kalau dulu dia berusaha mendapatkan nombor telefon kita melalui teman atau melalui kiriman nota ringkas, buat semula benda sama padanya. Bagi nota kecil kepadanya tanda nak pikat dia. “Boleh saya berkenalan dengan awak”.
Hantar pesanan ringkas menyatakan keinginan kita nak lebih mengenalinya. Pancing lah hati suami dengan ayat pelik yang bikin hatinya cuak seketika. Ayat-ayat ringkas tetapi penuh daya tarikan buat suami ‘turn on’ kembali mood bercinta.
3. Pick Up Line
Ikutlah aliran semasa dengan memberi pick up line paling win buat suami tercinta. Tak perlulah malu-malu kucing. Kan dah lama hidup bersama. Kalau langit tu luas, luas lagi sayang sayang kat b…ehem!
4. Atur Temujanji
Bila hati dah tercuit apa kata ajak suami untuk dating kat luar. Makan malam dengan nyalaan lilin di meja makan pasti buat bangkit semula rasa cinta. Tapi janganlah bawa anak-anak ya..mengganggu waktu berdua nanti. Restoran makanan mewah pastinya menyajikan pemandangan yang cukup selesa untuk anda mengimbau detik manis bersama. Romantik!
5. Bagi Hadiah
Dulu masa nak tackle pasti sanggup belikan hadiah buat suami kan? Buatlah cara yang sama. Sesekali buatlah kejutan paling gempak buat suami tercinta. Hantar kiriman hadiah berbentuk barangan atau apa sahaja ke pejabatnya supaya dia lebih teruja. Usikan teman-teman pasti buat dia rasa bangga kerana memiliki isteri seperti kita. Wow!
6. Pilih Midnight
Jika dahulu ketika bercinta boleh menonton wayang midnight bersama-sama, mengapa tidak selepas berkahwin? Ajak suami untuk kongsi minat ini sekali sekala. Biarkan anak-anak tidur terlebih dahulu dan keluarlah menonton bersama suami. Buatlah kejutan dengan beli tiket terlebih dahulu dan letakkan tiket ini di dalam dompetnya. Surprise!
7. Dating Selalu
Ambil masa berdua untuk keluar dating bersama-sama seperti waktu bercinta dahulu. Sebulan sekali perlu untuk anda suntik semula rasa cinta kat suami. Pikatlah suami sehabis baik. Peganglah tangan ketika berjalan atau paut lengannya. Pasti si dia cukup suka akan perlakuan manja anda ini.
8. Sentuhan Mesra
Setiap kali berdating samada menonton wayang atau ketika makan sekalipun, pastikan akan bersentuhan dengan suami tercinta. Letakkan tangan di atas pahanya atau sesekali suapkan makanan dengan lembut kepadanya. Romantik sekali. Namun yang pasti semuanya halal belaka. Itulah kelebihan anda dan suami.
Tahukah Anda?
Menurut Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, dengan kuasa sentuhan, suami isteri akan dapat mengenang kembali saat mereka bercinta di awal berumahtangga dahulu. Jadikanlah satu kelaziman pada setiap malam, saling berpegangan tangan dan saling memandang antara satu sama lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dodol kalau makan memang sedap, sekejap je boleh habis tapi untuk membuatnya memang tidak semua mampu melakukanya. Maklumlah prosesnya panjang, lagi-lagi ketika mengacau dodol yang telah likat. Diakui perlu kekuatan fizikal dan kesabaran yang tinggi, Silap haribulan boleh sakit pinggang pula jadinya.
Memandangkan proses membuat dodol agak sukar, dan memakan masa berjam-jam lamanya. Maka tidak hairanlah anak-anak kita zaman ini tidak pernah nampak kita buat dodol. Lain pula pengalaman kita ketika zaman kecil-kecil dulu, pernah juga sekali dua menolong nenek mengacau dodol untuk persiapan Hari Raya.
Pun begitu baru-baru ini, Sari Yanti ada memuat naik video di Instagramnya yang sedang mengacau dodol. Gayanya mengacau dodol begitu mahir, nampak tenang sahaja mengacau satu kawah besar dodol yang telah likat.
Tapi bukan itu sahaja yang menarik perhatian warganet, apa yang lebih lucu bila membaca caption yang ditulis oleh isteri kepada Jepsepahtu pelawak popular ini yang mengatakan anak-anaknya menyangka dodol tersebut adalah slime.
Apa tidaknya budak-budak sekarang semuanya pernah bermain slime, bila lihat keadaan dodol yang dikacau nampak likat dan tidak putus bila diangkat dengan senduk, tidak dinafikan macam sama.
“Jaga-jaga nanti anak buat main slime”-Netizen
Lantaran itu ada juga netizen yang berseloroh dengan meninggalkan komen kepada Sari Yanti agar berjaga-jaga bimbang nanti anak-anaknya ambil sorang sikit dodol tersebut untuk bermain slime.
Bukan itu sahaja ada juga yang mengusik katanya betapa kuatnya Sari Yanti mengacau dodol. Silap hari bulan terus sado pula lengannya. Malah ramai juga memuji betapa cantiknya Sari Yanti walaupun tampil ringkas sebegitu.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di