“Tahniah Pasangan Cute, Simple Tapi Cantik.” Ernie Zakri & Syamel Selamat Diijabkabulkan!

Share

Pasangan penyanyi popular, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung pada jam 10.30 pagi. Ia diadakan dalam majlis tertutup  di Masjid Puncak Alam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 20 orang ahli keluarga.

Dalam majlis itu,  Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian.

Berkongsi detik ketika diijab kabul, Ernie berkata, dia sangat gementar selain sedih apabila tidak dapat mengabadikan detik indah itu bersama keluarga lain disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan akibat penularan Covid-19.

“Perasaan masa nak nikah, sangat gementar. Dalam masa sama, kami sedih sebab kalau boleh nak semua keluarga berada bersama kami. Namun, ketika proses nikah hanya 20 orang dibenarkan berada di masjid. Kalaulah ada arwah nenek dan datuk kami ada bersama, majlis itu mungkin lebih bermakna.

Ditanya mengenai tanggungjawab sebagai isteri sekarang, Ernie berkata, dia belum ada rasa apa-apa lagi kerana ia belum dilalui lagi.

“Insya-Allah doakan semoga segala urusan saya dan Syamel dipermudahkan terutama selepas berkahwin kerana kami ada kerjaya sama. Jadi, pemahaman itu lebih sedikit untuk kami,” katanya.

Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak saja.

Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.

Kredit: Fedtri Yahya &Harian Metro