“Tahniah, Pasangan Artis Contoh Yang Berjaya Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga.” Zulkifli Zain & Isteri Sambut Anniversary Ke 44

Share

Lama tidak mendengar khabar pasangan artis veteran ini. Sebelum ini admin ada memuat naik kisah Datuk Zulkifli Zain, 73, yang dimasukkan ke hospital.
Terbaru, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar, 61, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 semalam.

.

Pasangan itu diraikan bersama anak-anak mereka termasuk pelakon dan pengarah teater Norzizi Zulkifli.

.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Norzizi dengan beberapa keping foto dan video ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya.
“Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” tulisnya ringkas.

Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut mengucapkan tahniah serta turut memuji keharmonian rumah tangga pasangan ini yang berjaya mengekalkannya selama 44 tahun.

vanidah_imran Syukur Alhamdullilah. So sweet la. Pls wish them for me. Hugs and ❤️ always.

chopiecakap Semoga kedua-duanya di panjangkan usia dan di rahmati 🙏

maziahmz Sweetnya. Happy 44th anniversary seniman Zulkifli Zain dan seniwati Normala Omar. Till jannah❤️

jemah_jane Tahniah… Pasangan artis contoh yg berjaya mengekalkan keharmonixan rumahtangga sentiasa sweet, sentiasa berdua saya kagum.. Selamat Ulang tahun perkhawinan ke44…moga kekal sel amanya hingga Janah. Aamiin. #dua2pelakunpujaanjemah💖🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

elizasharul Sweetnya….semoga keduanya bahagia hingga ke jannah di samping ank2 yg soleh dan solehah❤️