Lama tidak mendengar khabar pasangan artis veteran ini. Sebelum ini admin ada memuat naik kisah Datuk Zulkifli Zain, 73, yang dimasukkan ke hospital.
Terbaru, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar, 61, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 semalam.
.
Pasangan itu diraikan bersama anak-anak mereka termasuk pelakon dan pengarah teater Norzizi Zulkifli.
.
Ads
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Norzizi dengan beberapa keping foto dan video ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya. “Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” tulisnya ringkas.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut mengucapkan tahniah serta turut memuji keharmonian rumah tangga pasangan ini yang berjaya mengekalkannya selama 44 tahun.
vanidah_imran Syukur Alhamdullilah. So sweet la. Pls wish them for me. Hugs and ❤️ always.
chopiecakap Semoga kedua-duanya di panjangkan usia dan di rahmati 🙏
maziahmz Sweetnya. Happy 44th anniversary seniman Zulkifli Zain dan seniwati Normala Omar. Till jannah❤️
jemah_jane Tahniah… Pasangan artis contoh yg berjaya mengekalkan keharmonixan rumahtangga sentiasa sweet, sentiasa berdua saya kagum.. Selamat Ulang tahun perkhawinan ke44…moga kekal sel amanya hingga Janah. Aamiin. #dua2pelakunpujaanjemah💖🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
elizasharul Sweetnya….semoga keduanya bahagia hingga ke jannah di samping ank2 yg soleh dan solehah❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan ini membuktikan cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal tetapi keikhlasan hati.
Justeru ungkapan cinta tak mengenal rupa sangat sesuai untuk menggambarkan pasangan yang cukup istimewa ini. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan yang ada diaanggap satu keistimewaan.
Demikian juga dengan pasangan Mohd Azran Zainal Abidin, 27 dan Siti Sarah Osman, 27, apabila memilih untuk bersatu sebagai suami isteri yang sah.
Fizikal Siti Sarah yang merupakan orang kurang upaya kategori kerdil bukan menjadi halangan untuk pasangan ini yang menyulam cinta sejak 2010.
Pasangan istimewa itu disatukan di rumah Siti Sarah di Jalan Melati, Kampung Sura, di sini, jam 10 malam pada Jumaat lalu.
Mohd Azran berkata, dia tidak melihat kecacatan isteri sebagai halangan untuk mereka melangsungkan perkahwinan.
“Saya tidak melihat paras rupa, warna kulit dan kesempurnaan fizikal kerana kelemahan itu menjadi indah dan sempurna apabila adanya rasa cinta.
“Sepenuh hati saya mencintainya dan menerima dia seadanya kerana dia cukup istimewa serta sempurna untuk saya,” katanya yang berasal dari Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Putih, Kelantan.
Menceritakan kembali detik pengenalan mereka, Mohd Azran berkata, mereka mula berkawan selepas berjumpa ketika sama-sama menyertai Kem Motivasi Tingkatan Enam di Besut pada 2010 sebelum menjadi rapat.
“Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut sementara isteri pula pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif namun kami sekadar berkawan pada awal perkenalan sebelum timbul perasan sayang selepas merasai banyak keserasian.
“Saya tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap kami dan saya bersyukur apabila isteri menerima lamaran saya,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pemasaran farmasi.
Bagi Siti Sarah pula, kesungguhan dan keikhlasan suami sepanjang perhubungan mereka membuatkan dia menerima lamaran suaminya.
“Biar pun serba kekurangan namun suami tidak melihat kelemahan itu dan bersedia untuk berkahwin dengan saya.
“Saya tidak pernah menagih simpati dengan kekurangan yang ada sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi dan dorongan untuk berjaya.
“Malah, saya sendiri tidak pernah menyangka akan berkahwin secepat ini, ternyata Allah sentiasa adil dalam mencorakkan kehidupan setiap hambanya,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah.
Siti Sarah menzahirkan rasa syukur bertemu jodoh dengan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik hati.
“Walaupun fizikal saya begini, saya melaluinya dengan penuh yakin dan paling penting tidak pernah menagih simpati orang lain.
“Apatah lagi, status isteri membuatkan tanggungjawab saya lebih besar dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
“Sejak dulu, saya menjadikan kekurangan diri sebagai pencetus motivasi dan dorongan untuk lebih berjaya,” ujarnya.
Sumber: Berita Harian & Teganukita.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cemburu melihat paha wanita yang sudah ada anak tetapi maintain tidak berubah tetap kecil molek, apa kata anda cuba petua ini.
Selain mudah dibuat, petua ini juga menggunakan bahan-bahan yang murah dan berasaskan herba. Petua tradisonal ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook Puan Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu.
Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Selain itu, jangan lupa catat ukuran peha anda sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter air
Cara- cara:
1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.
3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
Petua ini juga boleh membantu:
Buang angin badan
Masalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kolestrol
Tambah darah
Gemuk air
Banyakkan susu badan
Sumber: Norliza Mohd Salleh (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita kalau dah bersuami jangan malas usahakan pelbagai cara untuk kekal cantik. Bukan cantik sahaja tetapi paling penting kita kena jaga kesihatan
dalaman untuk diri kita sendiri.
Rutin wajib yang semua wanita kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita. Suami pun tumpang
sekali gembira. Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih
sahaja. Senang!
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada
serai dan daun pandan.
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau
habbatus sauda. Selamat mencuba!
Sumber: Fyza Shah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.