Keibubapaan

Tahniah! Jihan Muse Timang Cahaya Mata Ketiga, Ungku Attufayl

Share

Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse, selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya, Ungku Hariz, menerusi laman Instagram, mencuri perhatian ramai.

Pasangan ini menamakan bayi mereka sebagai Ungku Attufayl Adl, mengambil inspirasi daripada nama seorang sahabat Rasulullah SAW, At-Tufayl ibn Amr.

Selain itu, mereka turut mengekalkan tradisi memberi nama yang mengandungi Asmaul Husna, di mana kali ini mereka memilih ‘Adl’ yang membawa maksud keadilan.

Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz telah mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Ungku Arsalan Haq kini berusia 7 tahun, manakala anak kedua, Ungku Altamis Barr, berusia 3 tahun.

Sebelum ini, Jihan sempat berkongsi bahawa beliau berharap untuk menimang cahaya mata perempuan bagi melengkapkan keluarga mereka. Namun, mereka tetap bersyukur dengan kehadiran seorang lagi ‘hero’ dalam keluarga kecil mereka.

 

Di ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan kesihatan ibu dan bayi.

Semoga Jihan dan keluarga terus diberikan kebahagiaan dengan kehadiran ahli baru ini!

Sumber: ungkuhariz & jihanmuse