
Pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse, selamat melahirkan anak ketiganya pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Perkhabaran gembira ini dikongsikan oleh suaminya, Ungku Hariz, menerusi laman Instagram, mencuri perhatian ramai.
Pasangan ini menamakan bayi mereka sebagai Ungku Attufayl Adl, mengambil inspirasi daripada nama seorang sahabat Rasulullah SAW, At-Tufayl ibn Amr.
Selain itu, mereka turut mengekalkan tradisi memberi nama yang mengandungi Asmaul Husna, di mana kali ini mereka memilih ‘Adl’ yang membawa maksud keadilan.
Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz telah mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Anak sulung mereka, Ungku Arsalan Haq kini berusia 7 tahun, manakala anak kedua, Ungku Altamis Barr, berusia 3 tahun.
Sebelum ini, Jihan sempat berkongsi bahawa beliau berharap untuk menimang cahaya mata perempuan bagi melengkapkan keluarga mereka. Namun, mereka tetap bersyukur dengan kehadiran seorang lagi ‘hero’ dalam keluarga kecil mereka.
Di ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan kesihatan ibu dan bayi.
Semoga Jihan dan keluarga terus diberikan kebahagiaan dengan kehadiran ahli baru ini!
Sumber: ungkuhariz & jihanmuse
Kanak-Kanak 7 Tahun Lemas Ketika Bercuti Bersama Keluarga

Percutiaan bertukar tragedi. Pilu sebuah keluarga apabila anak tersayang telah meninggal dunia setelah lemas ketika mandi di kolam.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang kanak-kanak lelaki maut akibat lemas semasa mandi kolam di sebuah kediaman di Tasik Residensi Jalan Putra Prima Utama, Puchong, dekat sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 2.40 petang daripada pihak Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
“Mangsa berusia tujuh tahun dan menetap di Kampung Beserah, Kuantan di Pahang.
“Mangsa bersama keluarga datang bercuti di rumah keluarganya itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan mendapati, kira-kira jam 11.30 pagi hari kejadian, mangsa dan ahli keluarganya mandi di kolam renang.
Katanya, namun tanpa pengetahuan ahli keluarga, mangsa telah masuk ke kolam orang dewasa dan lemas di kolam berkenaan.
“Bedah siasat di hospital mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selain satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) juga dibuka dalam insiden ini,” ujarnya.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan tidak berkongsi berita tidak benar berkenaan kejadian ini.
Sumber: Sinar Harian
Wanita 36 Tahun Meninggal Dunia, Doktor Pakar Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin

Isi Kandungan
ToggleWanita 36 tahun meninggal dunia, doktor pakar tinggalkan pesakit lepas bersalin. Dua orang doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan termasuk pernah mengendalikan 8,500 kes bersalin, didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang mengalami pendarahan kritikal dalam jagaan jururawat tidak berdaftar, hanya untuk keluar minum.
Wanita 36 Tahun Meninggal Dunia
Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam dan Dr A Ravi bersama jururawat terdiri daripada Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa serta Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi hampir RM6 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan menyebabkan kematian mangsa ketika menerima rawatan.
Punita meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019.
Ketika prosiding, mahkamah diberitahu bahawa Punita yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual.
Walaupun memberi jaminan pesakit yang berusia 36 tahun itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit, walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Doktor Pakar Tinggalkan Pesakit Lepas Bersalin
Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama.
Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak, manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas.
Kedua-dua doktor terbabit tidak hadir pada saat kritikal ini. Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Doktor HTAR menyifatkan keadaan Punitha sudah kritikal ketika ketibaan, berikutan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC).
Walaupun pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, namun Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil.
Hakim, Norliza Othman, dalam keputusannya, berkata Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin.
Norliza juga menekankan kegagalan doktor bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian.
“Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH.
“Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya,” katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini.
Hakim juga mengecam doktor kerana ‘tidak menghiraukan’ keadaan si mati.
“Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital ‘mengisytiharkan kematian’ ibu malang ini.
“Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat, sementara Dr Ravi keluar minum.
“Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat,” tambahnya.
Susulan itu, mahkamah menganugerahkan keluarga mangsa RM5,993,936 sebagai ganti rugi, merangkumi RM500,000 untuk kesakitan dan penderitaan si mati; RM1 juta untuk setiap seorang bagi dua anak si mati; RM300,000 setiap seorang untuk ibu bapanya; RM1.5 juta sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Ravi; RM700,000 sebagai ganti rugi teruk terhadap Dr Shanmugam dan kliniknya; dan RM100,000 sebagai ganti rugi punitif.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Suami Menyusul Pergi Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Bersalin Anak Ke Empat
Tragedi Menyayat Hati, Mayat Wanita Peluk Bayi Tak Bernyawa Ditemui di Tepi Jalan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Maryam Durian Kimchi ‘Tayang’ Baby Bump, Comel Je Perut Walau Sarat Hamil 8 Bulan

Isi Kandungan
ToggleMaryam Durian Kimchi ‘tayang’ baby bump, comel je perut walau sarat hamil 8 bulan. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Maryam Durian Kimchi ‘Tayang’ Baby Bump
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Comel Je Perut Walau Sarat Hamil 8 Bulan
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke.. kpop dance ke….Did baby kicks originally hurt this much? – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Sumber: Instagram Maryam Yunrrr
Baca artikel lain juga: Telatah Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, Rina Nak Kurus La
“Tersentuh Hati Tengok Didikan” Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak!
Ramai Suka Tengok Anak Maryam Tertib Habiskan Makanan, Pandainya!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my