Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif yang bakal menyambut kelahiran anak kedua.
Penampilan Intan sebelum ini menjadi soroton ramai kerana dilihat seperti berbadan dua namun tiada sebarang pengumuman dibuat keduanya.
Memetik laporan akhbar, segala teka teki akhirnya terjawab apabila suaminya, pelakon Harris Alif mengesahkan berita gembira tersebut.
“Ya Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia.
“Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Harris berkata dia dan Intan akan mengumumkan mengenai kehamilan isterinya apabila sudah bersedia kelak.
“Bila sampai masa, saya dan Intan sendiri akan beritahu. Sekarang belum masanya lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu,” katanya.
Terdahulu, Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang kini berumur setahun sepuluh bulan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Jika kita pergi ke pasar tentu akan membeli ikan yang kelihatan segar.
Namun, tahukah anda terdapat ikan yang diawet dengan menggunakan bahan yang bahaya.
Paling menakutkan bahan pengawet itu menjadi pencetus kepada kanser.
Nak tahu bahan apa yang digunakan, ikuti perkongsian puan Asmah Chem yang juga pembekal ikan dan penyelidik kimia.
Moga jadi manfaat kita semua.
Bahaya Bahan Formalin
Disebabkan ramai yang belum tahu tips mengenalpasti ikan yang dah diawet dgn formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).
Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).
Kegunaan formalin adalah utk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri. Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih2 lg barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dr luar negara dan ikan2 hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yg berkemungkinan diawet dgn formalin.
Tip kenal pasti ikan diawet guna formalin
Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dgn formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:
1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dll).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dll).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan Ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang. (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais utk mengekalkan kesegarannya).
8) Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9)Bau – cuba cium bau ikan/seafood yg ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dlm tempoh yg lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tips paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.
Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi. Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini. Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka + air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih. Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.
Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menarik perkongsian ini bila diberi cara-cara untuk membuat susu pekat manis. Biasanya kita beli di kedai, apa kata kali ni kita buat sendiri susu segar ni. Tentu tak ada pengawet.
SUSU PEKAT HOMEMADE TANPA PENGAWET
Benda kalau boleh buat sendiri, boleh la kita buat sendiri. Cumanya dia tak tahan lama la sebab tanpa pengawet.
Kandungan gula pun boleh adjust-adjust. Boleh la habuan minum teh tarik petang-petang, cicah roti canai, biskut kering atau cicah roti benggali.
BAHAN-BAHAN
100gram susu tepung
125gram gula halus
60ml air suam
1 sudu makan marjerin ( penuh membukit)
CARA-CARA
1. Masukkan air terlebih dahulu dan baru masuk semua bahan yang lain ke dalam blender bersih.
2. Kisar sebati semua bahan dengan hingga berbuih.
3. Masukkan dalam periuk yang bersih dan didihkan ramuan hingga pekat. ( Api sederhana dan sentiasa kacau)
4. Bila ramuan mula pekat dan berkilat sila perlahankan api. Warnanya akan bertukar sedikit kekuningan. Dan padamkan api.
5. Bila susu homemade sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara atau botol kaca yang bersih. Masukkan dalam peti sejuk.
P/s : Pastikan blender tu dah dibasuh betul-betul tau. Kalau bekas kisar cili, kang perisa spicy plak susu tu.
Pastikan cuci betul-betul atau rendam dengan air suam dulu blender tu. Lagi mudah kalau kita asingkan satu balang khas supaya tak bercampur dengan balang blender masakan.
Periuk pun kalau boleh guna yang jarang guna laaa. Kalau yang baru lagi bagus. Jangan la bekas kari plak.
Kalau nak guna juga, jerang air panas dulu guna periuk tu then buang airnya. Basuh bersih-bersih then boleh guna.
Kredit: Nana Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai mengakui kuih bakar pandan atau ada yang menamakannya kuih kemboja mempunyai rasa yang sangat enak dan berlemak. Sesuai dimakan sama ada sebagai menu sarapan mahupun minum petang.
Jadi buat anda yang teringin dan teringat-ingat keenakan rasa kuih bakar pandan dengan citarasa tradisi, bolehlah sediakan sendiri. Cara membuatnya cukup mudah dan boleh di masak di atas dapur gas sahaja tanpa perlu oven.
Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Norizah Othman. Ujarnya, dia lebih suka kuih bakar pandan yang ditabur dengan bijan yang banyak.
Jadi mudahlah kalau kita buat sendiri, kita boleh tentukan banyak mana yang kita mahu. Buat anda yang ingin mencuba menyediakan kuih bakar pandan ini, selamat mencuba diucapkan.
Ramai yang nakkan resepi ea…Ok di sini sis sertakan resepinya…
Kuih bakar pandan
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
5 cawan santan
2 biji telor
Sedikit pes pandan,garam,pewarna ijau
3/4 Cawan minyak masak
Cara penyediaan :
Bancuh bahan tadi dan blander. Kemudian sapukan loyang dengan marjerin dan tuangkan adunan ke dalam acuan.
Kemudian taburkan bijan dan sedia untuk dibakar di atas dapur gas hingga masak.
Ekstra info :
– Loyang jenis ini boleh dibeli di shopee dengan klik di sini
– Saya menggunakan pakai santan kotak kara sahaja yang paling kecil
– Acuan loyang tersebut di bawahnya ada pelapik bakar dan begini bentuknya. Jadi boleh terus letak di atas dapur gas dan masak menggunakan api perlahan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.