“Tahniah Dapat Sepasang.” Faye Kusairi Kongsi Berita Gembira, Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Share

Kisah pelakon Faye Kusairi yang mengalami Bell  Palsy baru-baru ini mengejutkan ramai lihak terutama peminatnya.  Lebih-lebih lagi dia sedang mengandung.

Artikel berkaitan:  “Separuh Muka Sebelah Kanan Lumpuh.” Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Kena Serangan Bell Palsy, Mohon Doa Semua!

Terbaru, pelakon tersebut berkongsi berita gembira selamat melahirkan bayi perempuan.

Assalammualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Terima kasih buat semua yg tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni. Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti.

faye 1

I will share gambar baby soon bila sudah betul2 bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang.

Thank you all for your support, love, respect and kindness. 😘❤️

Sumber: fb Faye Kusairi