Tahniah! Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nazira Muhammad selamat melahirkan bayi mereka petang tadi.

Melalui Instagramnya, Azmi berkongsi kegembiraan itu kepada semua pengikutnya di media sosial.

Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.

“Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.

“Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah,” kongsinya penuh rasa syukur dan gembira.

Bahkan bayi perempuan comel seberat 3.62kg yang begitu dinantikan semua itu juga sudah pun diberikan nama, Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi.

Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan malah menjadi anak yang sihat dan solehah.

“Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya lagi.

Terdahulu, awal pagi tadi, Azmi berkongsi rasa terujanya untuk menimang cahaya mata yang dinantikan sekian lama selepas pemergian anak sulungnya, Khairul Afnan yang meninggal dunia dua tahun yang lalu.

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club