
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nazira Muhammad selamat melahirkan bayi mereka petang tadi.
Melalui Instagramnya, Azmi berkongsi kegembiraan itu kepada semua pengikutnya di media sosial.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
“Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.
“Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah,” kongsinya penuh rasa syukur dan gembira.
Bahkan bayi perempuan comel seberat 3.62kg yang begitu dinantikan semua itu juga sudah pun diberikan nama, Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi.
Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecilnya itu dipermudahkan malah menjadi anak yang sihat dan solehah.
“Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya lagi.
Terdahulu, awal pagi tadi, Azmi berkongsi rasa terujanya untuk menimang cahaya mata yang dinantikan sekian lama selepas pemergian anak sulungnya, Khairul Afnan yang meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dulu Jahil, Mengaji Al-Quran Pun Tak Pandai.” Nabil Ahmad Amal Solat 17 Rakaat Sebelum Subuh, ganti Solat Tertinggal!

Hos Dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad, 39, berkata, dia kini mengamalkan solat 17 rakaat pada setiap pagi sebelum masuk waktu Subuh bagi menggantikan ibadah wajib itu.
Akuinya, Itu Salah satu cara untuk dirinya berusaha menebus kembali ibadah wajib yang pernah ditinggalkan dahulu.
“Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai.
“Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam.
“Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal.
“Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” katanya k Yang dikongsikab bersama mStar.
Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib (3 rakaat).
Dalam usaha berkongsi kebaikan, Nabil memberitahu cabaran yang paling sukar adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meninggalkan rumah dengan tempoh masa yang lama.
“Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham.
“Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.
“Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini,” jelasnya.
Dia dalam pada itu mengakui tiada istilah untuk dia berhenti daripada terus mengendalikan program berbentuk hiburan seperti mana yang dilakukannya sekarang ini.
“Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat.
“Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah.
“Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV,” katanya.
Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Leyla Medina, 7, dan Mishall Imani, 3.
Sumber: mStar online
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
“Tak Payahlah Nak Cuba Teka Atau Buat Andaian” – Noor Nabila Jawab Isu Jarang Berkongsi Foto Dengan Suami

Zaman sosial masa kini, segala apa yang dimuat naik pastinya mencuri perhatian orang ramai. Ada sesetengah orang yang gemar berkongsi apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan hariannya, gambar-gambar keluarga dan sebagainya.
Malah ada juga sesetengah orang mengehadkan perkongsian mereka di sosial media kerana bagi mereka ianya terlalu privasi sehinggakan kadangkala menimbulkan ‘buah mulut’ orang ramai. Lebih-lebih lagi tentang pasangan!
Masalah ini bukan hanya terjadi pada orang biasa, kalangan yang ternama juga turut terkena tempias misalnya Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa yang menafikan dakwaan netizen bahawa rumah tangganya bermasalah hanya disebabkan jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial.
Baginya lebih selesa memilih untuk mengekalkan kehidupan peribadinya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin secara privasi.
“Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu.
“Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah.
“Namun, itu tidak bermakna retak atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, ajal, maut ini semuanya kerja Tuhan.
“Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian,” katanya di sebuah majlis.
Mengulas mengenai kehidupan peribadinya yang sering menjadi perhatian netizen, Nabila menganggap perkara itu sebagai lumrah kehidupan sebagai keluarga selebriti.
“Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri.
“Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan,” tambahnya.
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.
Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Sumber : Harian Metro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
“Detail Sungguh Abah Merancang Kematiannya.” Lelaki Ni Kongsi ‘Wasiat Pengurusan Jenazah Abah’, Buat Ramai Sebak!

Apabila sampai waktunya, setiap antara kita pasti akan pulang ke negeri abadi menemui Sang Pencipta. Cara dan bagaimana seseorang itu akan menemui ajal, itu menjadi rahsia Ilahi.
Untuk itu mari kita muhasabah diri dengan satu perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau baru sahaja kehilangan ayah tercinta.
Kisah yang dikongsikan ini cukup luar biasa dan menyentuh hati warganet. Cikgu Fadli berkongsi antara wasiat yang telah ditulis oleh abahnya sejak tahun 2018. Cukup detail isi kandungan wasiat tersebut berkenaan pengurusan jenazah yang perlu dilaksanakan oleh anak-anaknya.
Menurut Cikgu Fadli lagi Abah selalu pesan kat anak-anak, “Abah tulis dah wasiat untuk urus jenazah abah jika abah tiada nanti.”
Teringat pesan abah, balik sahaja rumah Kak Ma terus masuk bilik dan buka laci abah. Terkejut Kak Ma. Ada satu sampul tertulis ‘Wasiat Pengurusan Jenazah Abah’.
Sampul itu dibawa keluar. Ada 3 muka surat semuanya. Details abah tulis bagaimana pengurusan jenazah yang abah mahukan. Berapa orang perlu turun ke liang lahad, siapa perlu mandikan abah, perlu beri apa dan berapa untuk orang solat jenazah, berapa orang yang solat jenazah, dan sebagainya.
Lengkap.
Wasiat ini ditulis pada 30/5/2018 lagi. Abah juga berpesan dalam tulisan agar tunaikan wasiat beliau dengan ikhlas.
Petang tadi aku ke Madrasah Darul Al Aitam. Nak jumpa ustaz supaya buat solat jenazah ghaib. Ustaz sini baik belaka dengan abah. Surau dalam madrasah ni abah waqafkan bersama tanah.
Sebaik sampai surau, ada beberapa ustaz sedang turun tangga. Bila aku sampaikan niat untuk solat jenazah ghaib, katanya mereka baru selesai buat. Allah. Tak perlu disuruh-suruh. Tak perlu diajak orang dah buat. MasyaAllah.
Wasiat abah kami akan laksanakan di dua tempat. Di sini dan di bumi Mekah.
Kat Bukit Ajyad, Mekah abah ada satu rumah. Abah waqafkan untuk orang duduk dan guna sejak 2010.
Cucu saudara abah Sheikh Aiman yang duduk dan jaga rumah tu. Wasiat abah kami sampaikan juga pada Sheikh Aiman ni.
Terus semua persiapan dibuat. Bacaan Kulhu dan jamuan makan disediakan.
Abah tenang di sana ya. Kami adik-beradik akan pastikan semua wasiat abah ini dilaksanakan dengan baik, sempurna dan penuh dengan keikhlasan.
Antara wasiat abah. Lengkap dengan kira-kira dan abah dah sediakan duit secukupnya. Kata abah, tak perlu guna duit anak-anak. Last tu abah sebut lagi, sedekah pada kanak-kanak dan orang tua, RM500. Abah memang kasih dan sayang pada kanak-kanak dan orang tua.
Ah, details sungguh abah merancang kematiannya. Selepas mati masih lagi boleh berbuat kebaikan. MasyaAllah, ini pedoman untuk aku ikuti diakhir hayatku nanti.
Terima kasih abah tidak pernah berhenti mendidik bahkan selepas meninggal dunia masih mendidik kami. Sayang abah hingga ke syurga.
Dunia hanya pinjaman. Semua yang dipinjam pasti dipulangkan. Yang kekal hanyalah amalan.
Wasiat ini ditemui sebaik kami pulang dari kubur. Memang abah ada berpesan masa hayatnya, abah dah tinggalkan wasiat khas pengurusan jenazah abah.
Tak sangka begitu detail sekali. Siapa yang mandikan jenazah abah pun ada abah tulis. Siapa yang patut turun ke liang lahad pun ditulis.
Di mana kubur abah patut ditanam pun abah dah tandakan. Allahu. Abah cukup bersedia untuk kembali bertemu Allah taala. Semoga Allah menerima segala amal ibadah abah. Kami anak-anak akan terus menerus mengirim doa. Rindu abah ketat-ketat.
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club