Tahniah Anne Ngasri Selamat Melahirkan Anak Kelima!

Share

Hari yang bahagia buat Datin Anne Ngasri dan suami! Beliau yang sebelum ini dikenali melalui drama kanak-kanak, Cili Padi dan kini bergiat aktif dalam bidang politik, telah  selamat melahirkan anak kelima petang semalam. Kegembirannya ini telah dikongsi menerusi Instagram pada malam tadi.

____________________________________________________________________

Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. 


Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family ❤❤❤
Ps: everyone is waiting abang sulong @suffianhakiem cepat datang kiss baby..

Anne mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz, 5.

Manakala daripada perkahwinan pertamanya, Anne mempunyai tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.

sumber: Instagram annengasri_official