
Hari yang bahagia buat Datin Anne Ngasri dan suami! Beliau yang sebelum ini dikenali melalui drama kanak-kanak, Cili Padi dan kini bergiat aktif dalam bidang politik, telah selamat melahirkan anak kelima petang semalam. Kegembirannya ini telah dikongsi menerusi Instagram pada malam tadi.
____________________________________________________________________
Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin.
Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family ❤❤❤
Ps: everyone is waiting abang sulong @suffianhakiem cepat datang kiss baby..
Anne mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz, 5.
Manakala daripada perkahwinan pertamanya, Anne mempunyai tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.
sumber: Instagram annengasri_official
Anak-anak Terkena Minyak Atau Air Panas, Jangan Cemas Tapi Lakukan Langkah Ini!

Bahaya sentiasa ada di mana-mana. Dapur antara ruang rumah yang paling terdedah dengan bahaya pada anak-anak kita. Ketika kita asyik memasak di dapur, ada waktunya kita langsung tidak menyedari anak-anak yang datang secara senyap.
Ada waktunya, anak-anak mencapai apa sahaja tanpa sempat kita elak. Terkena minyak panas atau air panas memang amat ditakuti oleh kita sebagai ibu. Jika anak terkena, cemas usah cakaplah, apa lagi berhadapan dengan tangisan anak tanpa henti.
Bila anak terkena minyak atau air panas, jangan cemas, sebaiknya bertindak dengan pantas dan lakukan perkara-perkara ini untuk meredakan. Salah satunya adalah dengan rawatan tradisional.
Jom semak caranya!
1. Lidah buaya
Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.
2. Kapur sirih
Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.
3. Serbuk kopi
Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.
4. Pelepah pisang
Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.
5. Telur
Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.
6. Tepung
Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.
7. Ubat gigi
Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.
Emas Bling Bling Bersama LBS, Beli Rumah Baru & Raya Bergaya Dengan Emas! Bernilai RM600,000*

Memiliki rumah sendiri sebagai tempat berteduh merupakan impian bagi setiap orang. Dalam merealisasikan impian untuk memiliki kediaman sendiri, pembeli perlulah bijak dalam merebut peluang yang ditawarkan oleh pihak pemaju.
Ini termasuklah rebat tambahan, hadiah menarik, diskaun promosi tertentu, yuran guaman percuma dan sebagainya supaya setiap pembelian kediaman lebih menguntungkan pemilik dengan harga berbaloi.
Bagi yang sedang mencari kediaman sama ada rumah pertama untuk didiami sendiri mahupun rumah kedua untuk dijadikan aset pelaburan untuk disewakan kelak, jangan lepaskan peluang keemasan untuk memiliki rumah impian anda di LBS Bina Group Berhad.
Kempen ‘Raya Emas Bling-Bling Bersama LBS’
Berita baik sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, syarikat pemaju perumahan LBS Bina Group Berhad terus memberikan peluang pemilikan rumah menarik melalui kempen raya ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS!’ Beli Rumah Baru dan Raya Bergaya dengan Emas bernilai RM600,000*
Tawaran terhad ini hanya bagi pembelian projek perumahan dengan LBS dalam tempoh kempen dijalankan dan peluang untuk membawa pulang mendapatkan jongkong emas 999.9 dengan jumlah keseluruhan ditawarkan bernilai RM600,000*
Malah bukan itu sahaja, pelbagai tawaran istimewa dan insentif menarik lain turut menanti pembeli sempena kempen raya ini. Antaranya seperti;
1.Pakej Kelengkapan Perabot (Untuk projek terpilih sahaja)
2.Ganjaran Kesetiaan
3.Pengecualian Yuran Guaman
4.Skim Bayaran Fleksibel
5.Yuran Keluar Sifar
6.Bayaran Tempahan Rendah
Tawaran terhad ini hanya sah untuk pembelian yang berlangsung di sepanjang tempoh promosi bermula 1 April 2024 sehingga 31 Mei 2024 sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat.
Jadi jangan tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini untuk memiliki rumah impian anda dan berpeluang membawa pulang mendapat jongkong emas 999.9 serta pelbagai tawaran yang cukup menarik.
Daftar segera sekarang! Boleh imbas Kod QR atau layari laman sesawang di https://campaign.lbs.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai hartanah LBS yang terpilih.
Dari berebut kuih donat bertukar kepada persahabatan!
Saksikan kisah Afif, Suri dan kemunculan istimewa Abu, seekor kucing yang membawakan mesej tentang jalinan persahabatan tanpa sempadan.
Kalau nak tahu lebih lanjut, saksikan kisah Kucing-Ta Abu yang dibawakan khas oleh LBS Bina Group!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Kakak Ok, Nak Jumpa Ayah, Nak Peluk.” Kanak-Kanak Positif Covid-19 Naik Ambulans Sendirian Pesan ibu jaga diri. Sebaknya!

Kisah adik kecil ini viral bila mana menaiki ambulans keseorangan tanpa ditemani oleh ahli keluarganya. Apa yang menyentuh hati, si kecil ini baru berumur 5 tahun namun menampakkan kematangan tanpa sedikit pun berasa takut jauh sekali menangis biarpun tiada ibu atau ayah menemani dirinya ketika itu.
Kisah Nur Saffiya menaiki ambulans dari rumahnya yang terletak di Sepang semalam dikongsikan oleh ibunya Ira Hazwani. Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virus berkenaan.
“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia.
“Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani lagi.
Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja.
Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal.
Si kecil berusia 5 tahun ini disahkan positif COVID-19. Tiada simptom. Sebentar tadi dibawa ke hospital bersendirian dengan ambulans. Moga lekas sembuh dan segera discaj. Ameen. Ingat, COVID-19 tak kenal mangsa. Credit: Ira Hazwani pic.twitter.com/6v2R2YWEHB
— TVALHIJRAH 114 (@TVAlhijrah) January 8, 2021
Kini mereka berdua dirawat di wad yang sama di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Suami pada awalnya menjalani rawatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 6 Januari lalu.
“Selepas mengetahui Nur Safiyya positif Covid-19, pihak KKM keesokannya memindahkan suami ke HKL bagi memudahkan urusan penjagaan Nur Safiyya yang akan tiba pada 8 Januari,” katanya.
Katanya, dia dan anak keduanya sedang menunggu hasil ujian saringan kedua untuk tindakan lanjut.
“Terima kasih kepada anggota KKM yang sangat bertoleransi dalam situasi kami ini. Walaupun saya dan keluarga hanya keluar rumah untuk bekerja tetapi tetap dijangkiti.
“Harapan saya agar semua masyarakat duduk di rumah saja jika tiada urusan penting dan sentiasa amalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, perkongsiannya terpaksa melepaskan anak perempuannya berusia lima tahun menaiki van ambulans KKM sendirian selepas positif Covid-19 tular di media sosial.
Rata-rata warganet kagum dengan keberanian Nur Safiyya yang dilihat tenang menghadapi situasi itu walaupun dalam usia muda.
Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.
“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana.
“Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’
“Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah.
“Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.
Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya.
Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.
“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi.
Sumber: Ira Hazwani & Berita Alhijrah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club