Perkongsian daripada doktor ini tentang cara terbaik menjaga kebersihan telinga elok dihadam sebaiknya. Andai sebelum ini kita anggap tahi telinga perlu dikeluarkan, rupanya anggapan itu tidak benar. Jadi bagaimana cara yang sebenarnya?

Menjawab soalan ini, jom baca perkongsian penuh daripada doktor ini. Ini katanya;

“Doktor, kenapa tak boleh nak korek telinga? Kan tahi telinga itu perlu dibersihkan.”

Sebenarnya, yang kita setiap hari sebut tahi telinga itu sebenarnya bukanlah sejenis kotoran seperti najis. Bahasa melayu tepatnya ialah lilin telinga. Istilah perubatan kita panggil sebagai cerumen atau ear wax.

Bermakna, ia tidak perlulah cuba untuk dikeluarkan.

IKLAN

“Habis, tak kan nak biar sampai melimpah keluar berkumpul kat lubang telinga?”

Umumnya secara fisiologi ear wax ini akan keluar dengan sendirinya. Sebab itu saya beritahu kita tidak perlu cuba keluarkan dengan guna alatan besi atau cotton bud.

Ada beberapa keadaan sahaja yang mana ia perlu dibersihkan. Itu pun dilakukan oleh doktor, bukan kita sendiri.

IKLAN

1. Sehingga betul-betul menutupi salur telinga akibat jenis wax yang keras dan menyebabkan pesakit kurang pendengaran

2. Sehingga pesakit mengadu sakit akibat ear wax yang keras.

Cerumen ini ada fungsi baiknya untuk menghalang kotoran daripada luar masuk terus ke telinga. Yang kita nak buang itu, kenapa?

IKLAN

Nasihat saya, jika anda ada sebarang pun masalah tak selesa, gatal atau sakit pada telinga, jumpalah kami.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ORL)

*Jangkitan teruk boleh berlaku kepada pesakit yang berterusan amalkan tabiat mengorek telinga, kita panggil ‘acute otitis externa’. Oleh itu, hentikanlah. Pesan orang yang kita sayang ya.

*ibu-ibu boleh letak minyak zaitun atau baby oil pada telinga anak supaya ear wax sentiasa dalam keadaan lembut. Tapi perlu pastikan gegendang telinga tiada masalah (ini perlu jumpa doktor dahulu)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI