Pengalaman terbeli cili kering yang rasanya ekstra pedas bila dimasak, memang boleh membuatkan kita rasa cuak juga untuk membeli cili kering.
Kita bimbang tersalah beli lagi!
Maklumlah, tersalah pilih jenis cili boleh buat kita rasa kecewa dengan hasil masakan kita.
Apatah lagi bila rasa kepedasan hidangan tersebut tidak mampu dijamah oleh anak-anak. Membazir sahaja tidak habis dimakan.
Lagi kecewa sekiranya satu famili memang jenis tak tahan pedas. Kalau dimakan juga, boleh sakit perut jadinya.
Tapi berbeza bagi orang yang memang ‘hantu pedas’. Setiap kali makan hidangan bersambal nakkan rasa ekstra pedas, barulah puas makan katanya.
Apa yang pasti citarasa kita semua berbeza-beza. Untuk itu, sebelum membeli cili kering ini elok hadam dulu perkongsian datipada puan Zurr Izzaty Zolkepli ini untuk dijadikan panduan.
Dapatlah kita tentukan cili mana yanh sesuai dengan citarasa kita seisi keluarga. Jom semak.
Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.
Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Original: Thailand
Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Ads
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas. 10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap kepedasan: Pedas*
Ads
273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja.
Tahap kepedasan sama seperti 668.
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Tahap Kepedasan: Pedas*
Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang
Original: Thailand
Ads
Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)
Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk keempat² cili ialah pijar apabila disentuh..
Ekstra tip penyimpanan
Cara Penyimpanan Cili Kering Tak Pedas/ Gemuk ☑️ Untuk Elak Berkulat
1. Jangan simpan dalam bekas kedap udara jenis cili ini berkulit tebal dan memang tak kering sepenuhnya.
2. Digalakkan untuk letak cili ni dalam petisejuk.
3. Boleh nak letak diluar, tapi jangan ditutup, biarkan terbuka dan jemur sekali sekala.
4. Disarankan selepas gunting cili ni dan dibuang biji, blend/kisar terus cili dan simpan dalam freezer dalam pek kecil kuantiti untuk sekali masak.
Apa sebenarnya yang wanita atau lebih tepat lagi seorang isteri mahukan terhadap pasangannya.
Kadang-kadang sering terjadi juga sebagai suami tidak dapat memahami emosi dan sikap isteri hingga sering didengar suami mengeluh dan menganggap sebagai wanita ini hidupnya begitu complicated dan emotional.
Sebelum melebalkan begitu pada isteri sendiri, ada baiknya anda baca perkongsian daripada seorang suami ini. Moga bermanfaat.
Kalau kita tak nak faham isteri, siapa lagi yang nak faham dia…
Keluarganya? Kawannya? Atau anak-anak?
Dia hidup dengan kita, dia habiskan masa pun dengan kita…apa yang dia buat seharian tu untuk kita…apa yang dia uruskan dalam rumah tu jugak kerana kita…maka jika kita tak nak faham dia, siapa lagi yang boleh faham dia jika mereka tak tinggal sekali dengan dia, tak nampak apa yang dia buat dari pagi sampai ke petang, tak nampak apa yang dia lalui hari demi hari kalau bukan kita yang jadi suami dia, pasangan hidup dia…
Seharusnya kita lah yang lebih memahami isteri kita…sepatutnya kita lah yang kena ada rasa untuk nak faham isteri kita…
Ada suami dia fikir, susah nak faham isteri sebab perempuan tu complicated…ada juga yang beranggapan yang isteri ni terlalu mengikut perasaan…maka dia pilih untuk biarkan atas alasan demikian…
Complicated dan emotional…
Isteri kita tu perempuan…fitrah perempuan memang macam tu…perempuan dan emosi susah untuk dipisahkan sebab emosi itulah yang membuatkan dia survive hari demi hari…emosi tu yang membuatkan dia down, emosi itulah yang membuatkan dia bangkit…
Maka nak faham perempuan kena faham emosi dia, perasaan dia…
Kalau kita faham bahagian ni, maka kita akan tahu yang perempuan tak complicated…perempuan hanya ingin difahami oleh mereka yang dia sayangi…itu sahaja…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menceriakan waktu-waktu petang begini, menarik juga jika dapat menikmati cucur udang bersama ahli keluarga. Lagi puas hati kalau dimasak sendiri. Dapatlah kita anak beranak makan dengan berselera sambil ditemani secawan kopi terhidang di atas meja.
Untuk itu, demi menyajikan hidangan yang bukan sahaja enak rasanya malah cucur yang dimasak comel membulat dan gebu bentuknya, ada rahsianya. Nak tahu apakah itu, baca perkongsian daripada peniaga cucur udang ini yang tidak lokek dengan ilmu. Jom semak.
Cucur Kucai Udang Laku Keras
Saya jual RM1 4ketoi. Resepi yang simple.. Semua orang boleh buat… Saya halalkan resepi ini untuk kita semua
Bahan-bahan:
Tepung=1kg
Ibu roti@mauripan@yis=1/2peket
Garam=secukup rasa
Lada sulah=1sudu
Cili kisar=2sudu
Kucai =1ikat
Taugeh=RM1 cukup
Udang=saya pakai udang kertas jew
Air masak=agak-agak
Telur=1biji(letak boleh.. Tak letak pun tetap akan bulat & gebu)
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
Agak-agak dah tak berketul dan air masak.. Janga lembik sangat.. Jangan padat sangat.. Kang keras kejung pulok bila goreng.
Lepas tu baru letak kucai dengan udang.
Gaul sebati.
Biarkan dalam 1/2jam baru goreng. Pastikan minyak betul-betul panas
Goreng biar garing-garing sikit. Baru sedap makan dan selamat mencuba. Inshaallah jadi
Orang melayu dulu memang banyak khazanah petuanya. Boleh kata serba serbi dalam kehidupan ini ada amalan yang dilakukan sama ada untuk kesihatan, kecantikan dan sebagainya.
Memastikan amalan yang baik dan bermanfaat ini tidak dilupakan, kini tiba masanya, kita sebagai orang tua mewariskan pula petua ini kepada anak-anak generasi kini agar petua yang baik-baik tidak lenyap begitu sahaja.
Ini antara 10 petua yang simple dan sebenarnya bila-bila masa kita boleh buat. Jom teliti.
MERAHKAN BIBIR : Mahu memiliki bibir merah semulajadi, maka jangan lupa sapukan hampas halia yang telah dikisar pada bahagian bibir setiap hari. Namun jika tidak gemar rasanya halia apa kata gunakan ubat gigi sahaja dan sapu pada bahagian bibir sebelum tidur, biarkan semalaman sebelum dicuci. Hasilnya bibir merah dan menawan secara semulajadi
REDAKAN SAKIT KEPALA : Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua dengan menggunakan daun sirih. Caranya mudah, hanya ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
TELINGA MASUK AIR:Jika telinga masuk air sebelah kiri, caranya mudah. Cuba berbaring dan kemudian mengiring sebelah kiri begitu juga jika telinga kanan yang masuk air maka mengiringlah sebelah kanan. Maka dengan sendirinya air tadi akan mengalir keluar.
HILANGKAN PEDIH MATA AKIBAT KUPAS BAWANG: Apa yang selalu terjadi, bila mengupas bawang mesti mata akan pedih dan berair. Cara nak elak ini berulang lagi, pastikan sebelum kulit bawnag dikupas, rendam terlebih dahulu bawnag tersebut dan barulah dikupas.
TERCEKIK TULANG : Segera kepalkan nasi dan telan, lakukan beberapa kali sehingga tulang tersebut tertolak masuk ke dalam. Atau jika tidak berjaya, eloklah bertemu doktor untuk dapatkan rawatan seterusnya.
ELAK TUMIT KAKI PECAH : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
MUDAH BANGUN PAGI: Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
HILANGKAN JERAWAT : Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. kemudian sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
HILANGKAN BAU MULUT: Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
KURANGKAN LEBAM MATA : Ambil teh uncang yang telah digunakan dan kemudian lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.