Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pelitup muka dianggap sebagai aksesori wajib kepada orang ramai apabila melangkah keluar dari rumah. Lebih-lebih lagi pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang pemakaian tersebut pada 1 Ogos yang lalu.
Namun hati-hati dalam memilih mask kerana ia boleh mengundang masalah terutama bagi mereka yang alergi. Tidak hairanlah ada yang mengalami masalah kulit dan ketidakselesaan. Bukan itu sahaja, kita tidak tahu akan tahap kebersihan ketika mask dihasilkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menyebarkan informasi sebagai panduan seluruh rakyat Malaysia.
Antara langkah-langkah pencegahan yang disyorkan adalah mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat-tempat awam.
Atas dasar ini juga, Karangkraf Medicare mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Mengetengahkan moto Suci dan Bersih, Pengerusi kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ini merupakan satu usaha baru karangkraf dalam membantu masyarakat.
“Pelitup Muka kini mempunyai pasaran baik ketika ini dan kerana itu banyak penawaran ada. Bila buat kajian, kena pastikan dua benda iaitu jual dengan harga lebih murah serta tahap kebersihan. Ia mesti dibuat di dalam kilang yang mana kuman di luar tak boleh masuk. Dengan istilah kilang adalah ‘clean room.
“Malah, pekerja juga perlu melalui proses memastikan ia tidak bawa masuk kuman. Sebab itu pekerja perlu memakai PFE – Particulates filteration efficiency above 95% . Ia berupaya menapis partikal atau zarah dan virus. Bukan itu sahaja, ia diuji di acredited laboratory. Pihak Karangkraf juga juga sedang menjalankan usahasama dengan pihak SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi,” ujar Datuk Husamuddin lagi yang mengeluarkan dua pilihan iaitu, iaitu Pelitup Muka Karangkraf Plus dan Pelitup Muka Karangkraf.
Justeru, pihak kami mahu tampilkan produk yang boleh masyarakat gunakan tanpa was-was. Kebetulan kita ada ruang dan kerana itu kita keluarkan belanja untuk buat ‘clean room’.
“Selepas buat kajian dan sekarang ia sudah memenuhi standard WHO yang mana material di dalam mask ini sudah dapat sijil memandangkan ia berupaya menapis bakteria melebihi 98%. Ia sudah mencapai tahap BFE – bacteria filteration effeciency above 98% .
Material yang digunakan diimport dari China untuk bahagian luar manakala Jepun untuk bahagian dalam. Kerana itu ia boleh digunakan dalam bilik pembedahan kerana ia juga dipanggil medical face mask.
“Kita mahu didik masyarakat supaya dapat membantu memutuskan rangkaian dalam memastikan bebas dari wabak pandemik COVID-19 . Justeru, mask yang dikeluarkan oleh Karangkraf Medicare ini boleh digunakan oleh masyarakat tanpa was-was. Produk ini bukan sahaja menghalang dari disaman malah dapat elak kuman.
Pelitup Muka ini didatangkan dengan pakej yang mana dimasukkan di dalam envelop yang dipanggil ‘hygiene case’.
“Pelitup muka adalah sama tetapi yang membezakannya adalah Pelitup Muka Karangkraf Plus ini didatangkan dengan ‘hygiene case’ dengan pelbagai corak menarik. Ini dapat membantu kita mengamalkan cara menyimpan yang betul selain terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan apabila mengunakan pelitup muka dalam pelbagai situasi.
“Contohnya ketika mengambil air sembahyang, makan, atau bersukan, boleh letak pelitup muka ini dalam envelope dan boleh digunakan sehingga tempoh 8 jam sehari. Justeru, dengan adanya envelop ini, ia boleh disimpan dalam poket atau beg yang mana dapat melindungi pelitup muka dari kuman di luar. Malah untuk buang pun mudah kerana dibuang di dalam envelopnya.
“Selain itu, pemilihan corak dan warna pada envelop juga menarik, ini adalah cara kita untuk cipta satu budaya baru. Tapi yang penting kita kena pastikan pelitup yang digunakan itu dihasilkan melalui cara yang bersih, harga lebih murah.
“Malah, kami memilih warna putih kerana simbol kepada suci dan bersih. Bukan itu sahaja, material yang digunakan juga tidak berbulu dan tali untuk earloop juga tidak cepat putus,
“Dengan kata lain, barang berkualiti tapi murah. Selain itu Karangkraf juga mahu membuka peluang kepada peniaga kecil bagi mereka menjual face mask yang suci dan bersih di samping jaminan produk berkualiti,” jelas Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub