Dalam Negara

Tadika Tenggelam Dek Banjir, Murid-Murid Terpaksa Naik Atas Meja!

Share

Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.

“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.

“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my