Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.
Ads
“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.
“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Keterujaan untuk menyambut orang baru dalam keluarga akhirnya bertukar sedih apabila wanita yang telah menjaga dan mengandungkan zuriat selama 9 bulan ini pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya selepas melahirkan anak ketiga.
Wanita yang merupakan warganegara Indonesia ini telah bersalin seorang diri di rumahnya yang terletak di Kampung Perigi Jernih, Negeri Sembilan.
Perkara ini hanya disedari oleh suaminya sekitar jam 3 petang selepas mendapati isterinya tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
Mayat wanita itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat. Menurut sumber, bayi perempuan yang dilahirkan berada dalam keadaan selamat dan telah ditempatkan di unit jagaan bayi di Hospital Rembau.
Ketika ini masyarakat beberapa negeri di pantai timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang sedang menghadapi dugaan apabila dilanda bencana banjir. Ramai yang mengakui bahawa banjir pada kali ini lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Keadaan cuaca dan hujan lebat tanpa henti menyebabkan paras air nak dengan cepat sehingga memasuki kediaman penduduk dan merosakkan harta benda mereka.
Namun dalam keperitan menghadapi bencana ini, berlaku satu keajaiban apabila sehelai sejadah yang terdapat di ruang solat imam langsung tidak terkena lumpur dan kelihatan bersih walaupun surau tersebut dilanda banjir teruk dan berlumpur.
Video yang dikongsikan oleh seorang pemuda di laman Tiktok @yahibrahimkhan, kejadian ini berlaku di sebuah surau di Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu.
‘Seluruh tempat beribadat itu dan kawasan sekitarnya dilanda banjir serta berlumpur selepas surut, tapi ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik.’
Menerusi perkongsian di laman sosial, dua foto menunjukkan keadaan di dalam surau berkenaan yang mempunyai kesan lumpur berwarna coklat.
Bagaimanapun, ruang solat imam yang menempatkan sehelai sejadah beserta alasnya tidak mempunyai walau secalit lumpur, malah kelihatan baharu.
Seorang pemuda yang membersihkan kawasan surau menunjukkan ruang solat imam yang tak berlumpur, tidak seperti ruang di sekelilingnya.
“Allahurabbi, hebat caturan. Tak sikit pun tempat solat imam tak kena selut. Padahal kawasan ni 100 peratus masuk air dan berselut.
Menurut individu itu yang memaklumkan banjir mulai surut pada Isnin, air mulanya naik mencecah paras pinggang.
“Kalau fikir logik, memang tak masuk akal sedangkan air paras pinggang,” katanya di ruang komen bagi mengulas respons netizen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kebesaran Allah SWT terhadap kejadian yang menakjubkan itu.
Segelintir mereka seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat, tetapi akur dengan kekuasaanNya.
Macam tak percaya… tapi itulah bukti Allah Maha Kuasa.
Sementara itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka selepas kediaman dilanda banjir, yang menunjukkan tanda kebesaran Allah SWT.
“Rumah saya pun sama, sejadah dan telekung tak basah. Allahuakbar.
“Masa rumah saya banjir tahun lepas, al-Quran dalam rumah dalam keadaan baik sedangkan almari yang berat boleh jatuh. Besar kuasa Allah.
“Masa rumah terbakar hari tu, semua terbakar kecuali al-Quran. Ayat tepi-tepi kertas tu terbakarlah kecuali ayat-ayat al-Quran. sungguh kebesaran Allah,” komen beberapa netizen.
Namun ada juga yang tidak mempercayai dan menganggap pengguna TikTok tersebut meletakkan sejadah baru di atas sejadah sebenar. Ini jawapannya dari pemilik TikTok tersebut.
Cuaca panas yang sedang melanda negara kini sangat membimbangkan. Malah dijangka keadaan cuaca ini akan berterusan sehingga bulan September nanti.
Malah ada yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seprti strok haba.
Pihak kerajaan juga turut menasihatkan agar masyarakat kerap minum air agar mencukupi setiap hari.
Ada juga diantara masyarakat yang meningkatkan penggunaan penghawa dingin bagi mengatasi keadaan cuaca panas ini namun ada juga yang mempertikaikan mengenai bil yang akan dibayar nanti.
Sebenarnya ada cara untuk kita menggunakan penghawa dingin. tidak semestinya penggunaan yang kerap akan membuatkan bil melambung
Berikut 6 bijak untuk anda menggunakannya tanpa menaikkan bil yang banyak.
1. Tutup suis utama
Anda disarankan agar menutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunaan elektrik di rumah.
2. Guna timer
Sebaiknya tetapkan penggunaan aircond menggunakan timer bagi membolehkan ia ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
5. Servis secara berkala
Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Selain aircond, kipas juga berfungsi untuk menyejukkan ruang dan suasana. Jadi, apa kata gunakan kedua-dua alatan elektrik itu secara alternatif, jadi aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...