Taburkan Baja Buatan Sendiri Je, Pokok Boleh Hidup Subur!

Share

Betapa perlunya pokok yang ditanan di sekeliling rumah dijaga dan dibaja untuk pastikan dapat hidup sihat dan sekali gus mengeluarkan hasil untuk dituai.

Menyentuh tentang baja, diakui memang banyak jenis dan jenama ditawarkan di pasaran, pun begitu tahukah anda kita juga boleh hasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tersedia di rumah.

Nak tahu apakah itu, di sini dikongsikan  untuk manfaat semua daripada Mohd Poad.


Saya share cara cara nak buat baja daripada kulit telur. Baja kulit telur ni mengandungi kalsium yang sangat tinggi berperanan sebagai baja secara semulajadi sebagai makanan pada pokok, menguatkan akar dan tangkai buah cili, mengelakkan bunga gugur berlebihan dan memulihkan tanah. Juga sesuai untuk semua jenis sayur berdaun dan berbuah kecuali ketika semaian.

Ikut step by step

STEP 1 : Ambil dua biji telur dan cuci bersih kulit luar dan dalamnya. Semua lendir putih di dalam perlu dibersihkan.

STEP 2 : Kumudian jemur di bawah matahari selama sekurang-kurangnya seharian. Nak elok lagi, 3 hari jemur. Yang sebelah tu nak berjemur juga. Kulit pisang sama khasiatnya seperti kulit telur. Kalsium tambahan semulajadi.

Kulit pisang ,keringkan sampai betul betul kering kemudian lenyekkan baru tabur.

STEP 3 : Dah betul-betul kering, boleh tumbuk atau blender dengan pengisar kering. Cara saya ni rare sikit, asalkan hancur sudah.

 

STEP 4 : Inilah hasilnya setelah ditumbuk halus tak berapa nak halus. Yang kita nak ialah khasiatnya selepas dijemur dan ditumbuk. Dan bertukar jadi kompos atau baja.

STEP 5 : Guna sesudu ni untuk tabur keliling pokok dalam pasu bunga atau pasu saiz sederhana.

STEP 6 : Yang ni saya tabur pada pokok cili sekata 461 dua hari lepas. Dua pokok means 2 sudu kecil. Akar akan menjadi  kuat dan tak mudah rosak. Kekerapan seminggu sekali atau seminggu dua kali pun boleh.

Sumber : Mohd  Poad