Enaknya dicicah bersama kicap dan cili. Yang tak suka pencicah, makan begitu sahaja pun layan kan. Itulah istimewanya buah jambu air. Rasanya yang manis memang boleh buat tak cukup sebiji.
Biasa buah ini bermusim, kalau waktu musimnya memang banyak yang dijual. Bagi yang memiliki pokok sendiri memang seronok makan. Kalau ada yang nak cuba-cuba tanam sendiri pokok jambu air, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Iffah Effah menerusi page Group Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri….( KGTTS)
salam n selamat petang.. nk kongsi sikit ilmu 😊 kalau salah blh tegur.. jambu sy ni x pakai racun pon buah padat n sedap cara sy buat
masalah org kita bila tanam jambu dia biar pokok besar2 pastu susah nk kutip sayang buah akan jadi busuk nk dapat baka yg cantik pon dh payah
1- kalau pokok dh lama tpi x berbuah cara dia korg blh guna garam kasar sedikit cara tabur dia diri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sbb akar dh gerak jauh dari batang, sama jugak kalau cara kita bagi baja) garam tu tujuan dia tambah kn manis pada buah org dulu2 kn ada ckp (sblom kau hidup aku dulu dh mkn garam ) jgn korang tabur gula pulak sbb nk bg manis hahahaha
2- pokok jangan bagi terlalu tinggi cantas bahagian atas kalau blh tinggi bwh 10 kaki senang nk kutip hasil dan senang kita nk balut
3- masa buah berputik rasa2 dh besar dlm 20sen tu dh blh balut buah guna plastik n surat kabar pasti kn gunting kiri n kanan supaya air hujan x bertakung
4- tujuan kita balut tu supaya lalat buah x serang (buah x cacat & rosak ) kalau sblom balut tu ada dot2 hitam tu blh la buang awal2 pilih yg cntik2 je
5- masa korang kutip hasil tu kalau blh buah yg ada busuk tu yg jatuh bwh2 dahan tu sebaiknye korg sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bwh pokok tu sbb buah yg busuk tu ada fangus jadi ulat tu akan merebak cari akar jambu sbb tu elok kene bersih kn supaya pokok blh tahan lama..
6- buang sedikit daun supaya ada udara blh masuk.. banyan sngt daun nanti buah kurang (gila daun) hehe
sekian terima kasih😊 good luck
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.