Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.
Dan alhamdulillah, setakat jam 10.30 pagi ini Dato Dr. Hussamuddin Yaacub berkongsi diakaun fbnya berkenaan jumlah kutipan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut sejumlah
RM61.745.20sen dari sumbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang perihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team Sukarelawan Sinar Covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli & edarkan keperluan mendesak ini. Syabas!!!”
Meninjau di page Dr Azry Fikry yang juga merupakan antara team Sukarelawan Sinar Covid berkongsi foto saat mengagihkan sembangan dan turut dijelaskan melalui catatannya untuk makluman umum.
Jumlah kes Covid-19 terkini yang semakin meningkat telah mengakibatkan kepada kekurangan bahan dan alat perlindungan diri para petugas di hospital mahupun klinik kesihatan kerajaan. Dengan situasi yang kian meruncing pada hari ini, Sinar Harian bersama Panic Button Club, Crossfit Pahlawan, Ansara B9+B11, NGO Pertubuhan Kebajikan Semai Budi (PERMAI BUDI) telah melancarkan tabung sumbangan untuk mengumpul dana bagi membeli dan membekalkan peralatan tersebut kepada petugas kritikal barisan hadapan.
Alhamdulillah inisiatif ini telah berjaya menzahirkan sejumlah RM25,000.00 hasil sumbangan orang awam dalam masa 1 hari sahaja. Menerusi dana yang dikumpul, kami telah membeli barangan keperluan yang diperlukan :
1. 250 unit PPE (Personal Protective Equipment) – Klinik Kesihatan Seksyen 19
2. 7 kotak topeng muka – Hospital Shah Alam
3. 5 x 5L Sanitizer – Klinik Kesihatan Seksyen 19
4. 2 x 5L Sanitizer – Hospital Shah Alam
5. Khemah dan kanvas – Klinik Kesihatan Seksyen 19
6. KFC dan beras untuk semua petugas – Klinik Kesihatan Seksyen 19
7. Makanan x 100 – Hospital Shah Alam
8. Facemasks – 7 kotak Hosp S.alam
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat membantu dan meningkatkan lagi motivasi para petugas barisan hadapan negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Terima kasih! #CovidSinar
Sumber : Sinar Harian, Dr Azry Zikry & Hussamudin Yaacub