Tabung Melancong, Lelaki Ini Kongsi Tip ‘Lock’ Duit Supaya Tak Ganggu Simpanan Tetap, Baru Puas Hati Pergi Bercuti!

Share

Sekarang ini sana sini, ramai yang pergi melancong setelah hampir dua tahun tidak dibenarkan merentas negeri.

Namun ini melancong ini memerlukan sejumlah peruntukan kewangan. Jika tiada perancangan tentu ia akan menjejaskan dana tabungan kecemasan anda. Jadi untuk mengelak menggunakan duit simpanan, apa kata buat tabungan bercuti untuk keluarga.

Nak tahu caranya ikuti  tip ini.

1- Target & Perancangan
Untuk mencapai destinasi tempat percutian yang ingin kita pergi kita tidak boleh membuat keputusan secara tiba-tiba. Menurut pengalaman yang dikongsikan traveler terkenal Matt Harding iaitu seorang American traveler terkenal. Untuk mencapai destinasi yang ingin kita tujui kita perlu mempunyai sasaran& perancangan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh yang ingin kita pilih. Hal ini penting bagi sebuah percutian ini berjaya dilaksanakan dan tempat sasaran kita itu berjaya dijejaki. Lebih detil lagi peracangan yang dibuat maka lebih jelas bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang kita kita tujui

2- Tabung Percutian
Selepas mempunyai perancangan yang lengkap maka sampai masa untuk melaksana rancangan tersebut. Destinasi yang ingin ditujui mempunyai kos tersendiri yang perlu kita laburkan. Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khusus. Namun apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak mampu konsisten dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan.

 

Kredit: Fayz Ismail

Untuk percutian ke luar negara secara minimum kami sarankan agar menabung sebanyak RM5/ sehari. Sekiranya ia dilakukan secara konsisten maka jumlah yang akan diperolehi dalam masa setahun adalah RM5 X365/hari bersamaan RM 1825 . Untuk mendapatkan lagi bonus penjimatan yang maksimum. Untuk 6 bulan pertama anda keluarkan dahulu wang tersebut bagi pembelian tiket penerbangan. Ini kerana sudah menjadi trend promosi banyak syarikat penerbangan melakukan promosi harga runtuh tiket penerbangan bermula enam ke tiga bulan dari tarikh yang kita pilih. Kita juga harus alert untuk sebarang promosi dari mana-mana syarikat pelancongan kerana promosi dari syarikat penerbangan juga akan membuka promosi khas untuk syarikat pelancongan yang berdaftar untuk di promosikan kepada anda.

3- Wang Tambahan
Jangan merungut dan runsing sekiranya anda tidak mampu menabung oleh sebab kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara lain untuk mencapai tips no.2 adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti wang tambahan secara part time. Hari ini pelbagai tawaran buat duit secara sambilan yang boleh pilih pilih. Apa yang penting anda perlu bijak memilih lubuk duit yang tidak merumitkan dan tidak menjadi beban untuk anda melakukannya. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja. Sekiranya wang sasaran menabung anda telah dicapai lebih awal dari dijangkakan maka anda boleh berhenti untuk mengerjakan aktiviti ini.

Apa yang pasti, untuk menabung ini memerlukan semangat dan displin supaya usaha ini berjaya.

Sumber: www.faizalfredley.com