Tabung Haji umum dividen 3.25% bagi tahun kewangan 2024, tertinggi sejak 2018. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, mencatat peningkatan berbanding kadar 3.10 peratus yang kekal sejak empat tahun lalu.

Tabung Haji Umum Dividen 3.25% Bagi Tahun Kewangan 2024, Tertinggi Sejak 2018

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan bahawa pencapaian ini merupakan yang terbaik dalam tempoh tujuh tahun, iaitu sejak 2018.

Beliau memaklumkan bahawa pengagihan tersebut melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.92 bilion, yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit di seluruh negara.

“Jumlah ini adalah selepas pelunasan zakat sebanyak 2.58 peratus atau RM99.35 juta. Sejak ditubuhkan 61 tahun lalu, jumlah keseluruhan agihan keuntungan TH telah mencecah RM45.79 bilion,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Menara TH pada hari Jumaat.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Husain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman, serta Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mahamad.

Datuk Dr Mohd Na’im turut menegaskan komitmen TH sebagai institusi kewangan Islam yang berwibawa dalam membantu pendeposit mengembangkan simpanan mereka secara mampan dan beretika.

Tabung Haji Umum Dividen 3.25% Bagi Tahun Kewangan 2024, Tertinggi Sejak 2018

“Sejak ditubuhkan, TH telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam Malaysia menunaikan haji, dan telah menyalurkan sebanyak RM2.8 bilion dalam bentuk Bantuan Kewangan Haji sejak tahun 2001,” jelas beliau.

Ads

Walaupun berhadapan cabaran ekonomi global termasuk tekanan inflasi sepanjang 2024, ekonomi Malaysia masih mampu berkembang pada kadar 5.1 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, kadar faedah yang stabil dan peningkatan pelaburan asing langsung.

Beliau turut menyatakan bahawa perbelanjaan isi rumah yang teguh serta dasar-dasar baru kerajaan, termasuk kenaikan gaji minimum dan semakan gaji penjawat awam, turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Langkah-langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani turut memberi impak positif kepada pasaran modal negara. TH melaburkan kira-kira 90 peratus asetnya dalam pasaran domestik, dan ini telah memberi pulangan yang memberangsangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Syed Hamadah menjelaskan bahawa TH mengamalkan strategi kepelbagaian dalam pelaburan bagi memastikan pendapatan yang mampan serta tahan terhadap ketidaktentuan pasaran.

Ads

Beliau turut menyatakan bahawa kos operasi TH berjaya dikurangkan sebanyak 4.62 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya, termasuk dalam perbelanjaan berkaitan Bantuan Kewangan Haji.

“Kami sentiasa mengambil pendekatan pelaburan yang berhati-hati untuk melindungi simpanan pendeposit dan memastikan pertumbuhan nilai pelaburan. Keputusan untuk memperkukuh strategi alokasi aset strategik (SAA) juga telah menyumbang kepada pulangan yang baik dalam pasaran saham,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Secara Atas Talian, Tanpa Kena Caj RM1.00!

Ads

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI