Tabika KemasAutisme ditubuhkan, bukti kesedaran awam meningkat. Penjagaan dan pendidikan inklusif seperti mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khusus kepada kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme penting bagi menyokong golongan itu menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.
Tabika Kemas Autisme Ditubuhkan, Bukti Kesedaran Awam Meningkat
Pensyarah Pendidikan dan Psikologi Kanak-Kanak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Norsuhaily Abu Bakar berkata, dengan adanya tempat pembelajaran khas di kawasan luar bandar itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai autisme.
Dr Norsuhaily.
Menurutnya, persekitaran mesra seperti kelas inklusif, alat bantu pengajaran khas dan tenaga pengajar terlatih amat penting untuk membantu perkembangan kanak-kanak berkenaan.
“Saya melihat usaha ini sangat baik dan menunjukkan kesedaran awam berkenaan autisme semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding 10 tahun lalu.
“Pembelajaran dan pendidikan yang inklusif kepada anak-anak autisme ini secara tidak langsung turut membantu kesihatan mental keluarga yang mempunyai anak istimewa ini.
“Anak-anak yang diberikan pendidikan sesuai dengan tahap kemampuan mereka akan lebih mudah untuk diuruskan dan ibu bapa juga turut mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.
“Jadi, saya melihat usaha untuk mewujudkan Tabika Kemas khusus untuk autisme ini sangat baik selari dengan jumlah kanak-kanak yang disahkan menghidap autisme semakin meningkat saban tahun,” katanya.
Ads
Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berkata, Tabika Kemas autisme pertama di Malaysia akan dibuka pada tahun depan di setiap daerah bermula di Melaka dengan mengutamakan anak-anak golongan B40.
Beliau berkata, cadangan pelaksanaan tersebut diterima baik selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Norsuhaily berkata, seiring dengan pertambahan ketara jumlah kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme di negara ini, kesedaran kepada masyarakat, peluang pembelajaran dan pihak yang terlibat secara langsung dalam isu ini perlu diperluaskan lagi.
Beliau berkata, mengambil contoh seperti di United Kingdom (UK) setiap majlis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting alam aspek pembelajaran kepada anak-anak autisme.
Selain itu katanya, ibu bapa yang mempunyai anak autisme juga turut dibantu terutamanya dalam aspek kesihatan mental.
Ads
“Justeru, kita berharap pemegang taruh yang terlibat dalam isu autisme ini perlu berganding bahu untuk menyediakan akses pembelajaran, tenaga pengajar yang terlatih supaya anak-anak istimewa ini dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Rupanya deodoran yang selalu kita gunakan untuk bahagian bawah lengan atau ketiak ini banyak fungsinya. Mungkin ramai yang merasakan produk ini hanya
khusus dibuat untuk memastikan bawah lengan kita sentiasa kering sahaja bukan? Sebenarnya ia berfungsi lebih dari itu. Menarik!
Sifatnya yang lembap seperti jel ini berfungsi untuk mengatasi beberapa masalah lain juga. Malah ia turut memelihara kelembapan semula jadi pada kulit dan
beberapa kawasan lain juga. Sila cuba!
1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.
2. Mengurangkan Masalah Melecet
Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan lebih mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang
itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu dan lecetan akan pulih dan dapat dikurangkan.
3. Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh
oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Mungkin oles sedikit pada belakang kaki atau hadapannya. Kemudian, sarunglah kasut baru anda
dengan penuh yakin!
4. Atasi Rasa Gatal Gigitan Serangga
Mungkin kedengarannya agak pelik, namun deodoran mampu menghilangkan rasa gatal yang ditinggalkan akibat digigit nyamuk atau serangga. Oleskan deodoran
pada kaki yang terasa gatal selama beberapa kali dalam sehari, rasa gatal itu akan hilang dengan sendirinya.
5. Pintu yang Berbunyi
Pintu kita adakalanya berbunyi apabila ditolak. Mungkin kerana engselnya sudah lama, berkarat atau terlalu ketat. Jika tiada sebarang cecair yang menghilangkan karat, ambil sahaja deodoran lama anda dan letakkan pada engsel pintu ini. Bunyi-bunyian kurang enak pasti tiada!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasanya bila sebut nama Hafiz Mahamad, satu Malaysia mengenali pempengaruh dan juga usahawan ini. Selain terkenal sebagai seorang suami yang penyanyang sering membuat kejutan buat isteri tersayang, malah dia juga dikenali ramai dengan tindakannya yang suka membantu orang-orang sekeliling dari segi kewangan.
Baru-baru ini, Hafiz sekali lagi tular kerana tindakannya yang tampil membantu seorang kakitangannya dari segi wang ringgit sebanyak RM10,000 menerusi sebuah video di akaun instagram peribadinya.
Dalam video tersebut, Hafiz bermurah hati untuk membantu kakitangan lelaki tersebut yang berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan syarat supaya menjaga bakal isterinya dengan baik dan menyantuni ibu bapanya sebelum menyerahkan cek bernilai RM10,000.
Dalam pada itu, usahawan berumur 30 tahun sempat berseloroh berharap supaya kakitangannya tidak menggunakan duit tersebut untuk tujuan bermain pelaburan atas talian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Hafiz sehingga layak digelar sebagai majikan contoh. Malah, ada juga yang mencuba nasib bertanyakan kekosongan jawatan di Ainaabeauty.
Terdahulu, Hafiz Mahamad atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Syafiqah Aina dengan menyewa sebuah pawagam dan pakej menunaikan haji.
Lebih mengejutkan dia dikatakan telah memegang rekod sebanyak 55 kali tanpa gagal dalam membuat kejutan untuk hari lahir isterinya yang berusia 29 tahun itu.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jejaka mat saleh yang cukup dikenali dengan nama Mat Dan merupakan duta pelancongan bago negeri Terengganu. kepetahannya bercakap bahasa melayu dengan loghat Terengganu membuatkan ramai teruja.
Selain itu, Mat Dan yangs udah mendirikan rumah tangga turut memiliki dua cahaya mata yang cukup comel iaitu Muhammad Zayne dan Eydan Yusoff.
Meninjau akaun media sosial instagramnya, Mat Dan ada memuat naik satu video gelagat anak sulungnya, Zayne yang dilihat menyanyikan lagu Empat Dara.
Menerusi ruangan kapsyennya, Mat Dan memberitahu lagu tersbeut sudah seminggu melekat di kepalanya gara-gara Zayne yang asyik menyanyikannya.
Sememangnya suara Zayne sedap dan pernah dipui ramai sebelum ini apabila Mat Dan memuat naik video nyanyian anaknya itu.
Menerusi video lagu Empat Dara tersebut, Zayne dilihat sangat ceria dan seronok menyanyi. Tetapi apa yang melucukan apabila slangnya ketika menyebut sungai menjadi syungai begitu menghiburkan.
Bukan itu sahaja, Zayne juga menyebut ‘haa masuk’ begitu menghiburkan. Tak sangka anak mat saleh ini pandai menyanyi, yang tak menahannya slang tu bukan main lagi kan.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.