“Tabik Dato!” Dato Rizalman Tak Kekok Masuk Kedai Barang Murah. Warganet Teruja Dan Beri Pujian!

Share

Siapa yang tak kenal pereka fashion yang dikenal ramai ini iaitu Rizalman. Rekaanya pakaianya diminati semua golongan. Malah rekaan juga menjadi kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Semalam menerusi insta story Instagram miliknya, beliau muat naik pergi ke sebuah kedai bajet yang menawarkan harga murah serendah RM2.00.

Kebetulan kedai berkenaan yang terletak bersebelahan dengan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari miliknya. Sehubungan itu, pereka fashion terkenal ini bersama anaknya mengambil kesempatan membeli belah di sana.

“Banyaknya, boleh beli satu kedai.”  selorohnya ketika memasuki kedai berkenaan. 

Beliau melahirkan rasa kagum dengan harga murah yang ditawarkan dengan pelbagai barangan di kedai berkenaan.

Riak  wajah kegembiraan  jelas kelihatan anak beranak ini membeli belah di kedai barang murah ini.

Biarpun mampu ke kedai mewah, Rizalman tak kekok untuk berada di kedai barang murah itu.

Gelagat anak beranak ini kelihatan bersahaja ketika melihat barangan kedai berkenaan.

Nyata, ia menunjukkan sikap  rendah diri dan sederhana dalam diri pereka fashion ini.

Tabik Dato!

Dalam pada  itu warganet memuji dan teruja dengan perkongsian beliau.

Sumber: Rizalman71 & Suriyana Haron