Uncategorized

Syurga Tempatmu, Pesanan Penyembuh Hati Mufti Wilayah Persekutuan Buat Ibu Ayah Adam Rayqal!

Share

Kes bayi lelaki Adam Rayqal, 5 bulan yang dijumpai mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya benar-benar membuatkan hati ibu-ibu rasa luluh. Tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata.

Berat bagi kita, berat lagi bebanan emosi yang terpaksa dilalui ibu dan ayahnya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isteri, Farrah Madihah Othman.

Tapi pesanan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini pastinya menjadi penyembuh buat mereka berdua.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL

Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.

عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA:

“Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?” Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Ya sesungguhnya syurgalah tempatmu duhai anak. Al-fatihah.

Kredit: Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri