Baru diuji dengan kematian suami, pelakon Anita Baharom sekali lagi diduga dengan kehilangan ibunya, Wirmah Pawanchee pada 6 Mei lalu.
Berkongsi berita duka tersebut menerusi Instagramnya, arwah ibunya meninggal dunia pada usia 74 tahun namun tidak mendedahkan punca kematian.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Ita dah tak de. Makkkkkk.
“Syurga Ita dah tak dak Mak.
“Semoga Mak bahagia tenang di alam sana.. Ita sayang Mak dunia akhirat. Kita jumpa di sana ya Mak.
“Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak,” tulis Anita bersama beberapa keping foto.
Lebih memilukan, Anita turut memuat naik foto kenangannya bersama arwah ibu sempena sambutan hari ibu pada Ahad lalu.
Mengungkapkan rasa rindu terhadap kehilangan arwah, Anita turut berkongsi sepotong doa buat ibunya yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Jenazah ibunya telah dimandikan, isembahyangkan serta selamat dikebumikan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pukul 8 pagi Sabtu.
Terdahulu pada 1 Januari lalu, Anita kehilangan suami tersayang, Ismadi Ismail, 50, yang meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 8 pagi.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Sumber: anitabaharom
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mudahnya Nak Perangkap Lipas, Hanya Umpan Dengan 3 Bahan Ini
Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta anda hanya dengan menggunakan dua bahan.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
“’Bersatu’ Demi Anak- Anak & Allah Hadiahkan Kembali ‘Bahagia’ Itu.” Lupakan Masa Silam & Buang Ego, Norman & Abby Dipuji Contoh & Inspirasi Terbaik
Isi Kandungan
ToggleAlhamdulillah keluarga bahagia, seronok melihat ukhwah antara dua keluarga ini. Itu antara komen dan kata-kata netizen tatkala melihat keluarga besar Norman Hakim bersatu dan selalu bersama.
Siapa pun yang melihat ukhwah antara dua keluarga ini, pasti akan kagum. Tak kurang yang menjadikan mereka idola serta contoh terbaik. Kisah dahulu tidak menggugat hubungan mereka malah ia terkubur dilipatan sejarah.
Kisah keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi sentiasa meniti di bibir netizen dan menjadi contoh dalam meletakkan anak-anak sebagai keutamaan dalam segalanya.
Tidak hairanlah, jika Norman sendiri mengakui mendapat banyak pandangan serta nasihat menerusi Instagramnya tentang bagaimana untuk ‘menyatukan’ kembali hubungan kekeluargaan.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon dan juga usahawan ini menerusi laman instagramnya semalam.
Salam Ramadhan & selamat menunaikan ibadah puasa 1440H dari saya seisi keluarga❤️
Jom niat & tekad utk sama2 kita berusaha jadikan Ramadhan utk yg ke sekian kali ni sebagai pentas ibadah terbaik buat kita semua,lebih baik dari tahun2 sebelumnya ye kesayanganku semua.
Kuasa ALLAH maha kuat,maha hebat & Allah maha pengasih,maha pengampun,maha penyayang.Inilah peluang terbaik utk kita berhabisan mohon pengampunan dariNya atas khilaf kita sebagai manusia yg tidak akan ada kesempurnaan termasuk kitaorang semua.
Saya terpanggil untuk berkongsi disini,khusus buat keluarga yg pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yg berpisah yg mungkin kalian tak tahu yg anak2 kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat mcmana nak ayah & mak mereka ‘bersatu mcm Abg Norman & Kak Abby’),maka jadikanlah Ramadhan Kareem ini sebagai platform utk penyatuan semula.Buangkanlah ego yg bersifat syaitonirrajim utk ambil langkah & usaha seiring dengan DOA.
Percaya & yakinlah, DOA adalah senjata mustajab kita sebagai muslim.Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa2 kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ dimana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dgn izin kuasa ALLAH S.W.T yg Maha Kuat & Hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk,lentur,jaga,takluk & peluk hanya dengan DOA & pada ketika itu sesuatu yg dianggap mustahil akan jadi sebaliknya.
Buat adik2 & anak2 yg selalu DM@luahkan rasa,terus istiqomah dalam berdoa..berdoa & berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut.Dan buat Ayah & Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha demi cahayamata2 harta dunia akhirat kita.
Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak3 & Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih & sayang’ yang Allah s.w.t sahaja yg maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak3 sbb kami sangat takut tak dapat berdepan & menjawab didepanNya dihari muka nanti❤️
norman
Akhir qalam…Hentikanlah pertengkaran,tinggalkanlah sangkaan,binalah perhubungan,saling bermaafan & hayatilah Ramadhan❤️
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
View this post on InstagramMy love,my heart,my soul,my EVERYTHING❤️Tq ALLAH☝?
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Menerusi komen dari netizen, rata-rata memuji tak kurang yang turut berkongsi pengalaman mereka.
einazue79 Masya allah… beautiful pic… semoga keluarga sunnah ini terus dirahmati olehnya.. Contoh yg sangat baik buat kita semua.. ?
hilang_jinbara Semoga keluarga kita semua bahagia seperti abg norman dan kak abby
realroslanshah Aminnn…keluarga Bahagia sampai dunia dan akhirat ya….aminnn..
ana.shahheran.9 Mulia hati abby sbg seorang perempuan…lupakan masa silam walaupun diuji macam2…bagus dalam mendidik anak2 .. contoh terbaik ❤
ila_adila13401 Bagus familia mcm ni. Masih berkawan dgn bekas isteri dan suami barunya. Moga Allah merahmati dan memberkati ikatan silaturrahim ini. Aamiin.
cik_humayyrahanum berkaca pulak ttbe mata ni bace post ni.moge fmly besar ini sokmo dilindungi Allah,bahagia dunia akhirat sokmo,aamiin?
suzanamddaud Alhamdulillah keluarga bahagia seronok melihat ukhwah antara dua keluarga ini ?❤???
rahim.jani.731 Askum. Amiin…. Amiin…. Hentikan. Niat. Hasad. Dengki. Iri. Hati. Dn. Prasangka.buruk.terhadap.sesama.sendiri..
ezet_style19 Terbaik..seriously betull..ego tu laa yang buatkan kite sukar nak bahgia asyik fikir kite je betul..saling tolak ansur .semoga keluarga mawardah sakinnah kekal sampai syurga❤️#lifeistooshort
___sofiashadina___ Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.. terbaik and salute to @normanhakim_786 boleh bina keluarga besar yg harmoni mcm ni.. buang yg keruh ambil yg jernih.. ?? beruntunglah jika semua org boleh mcm ni tanpa ada rasa penyakit hati..
balqistaufikhaziq Salam ramadhan abg @normanhakim_786 ..salah satu inspirasi sy adalah lihat keluarga besar abg..doakan mak,abah dan mak cik(mak tiri) sy dpt bersatu mcm keluarga besar abg yaa..
Sumber: IG normanhakim_786
“Tuanku 17 Kali Buat Rawatan IVF, Saya Baru Lima Kali.” DS Siti Nurhaliza Jadikan Raja Permaisuri Agong Inspirasi Untuk Dapat Zuriat
11 tahun menanti untuk mendukung dan memeluk zuriat sendiri bukanlah tempoh yang sikit. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi. Itu belum termasuk kata-kata dan cercaan orang kononnya duit banyak tapi tidak berusaha.
Di sebaliknya, orang tidak tahu pelbagai kaedah dan rawatan yang Dato’ Sri Siti lakukan, namun tidak berjaya. Sebut sahaja baik tradisional seperti mengurut mahupun kaedah rawatan, segalanya dicuba namun kalau Dia kata belum masanya, usaha bagaimana sekalipun tidak berjaya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini turut mendedahkan dia pernah hampir berputus asa ketika berusaha untuk mendapatkan zuriat menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini.
Bagaimanapun, kesungguhan serta sikap tidak pernah putus asa yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam usaha baginda mendapatkan zuriat menjadi penguat semangat buat dirinya.
“Saya pernah hampir berputus asa, tetapi saya teringat kembali bagaimana kesungguhan Raja Permaisuri Agong. Tuanku 17 kali melakukan rawatan ini, inikan pula saya lima kali (baru berjaya). Alhamdulillah. Tuanku, Terima kasih. Tuanku adalah inspirasi buat patik,” katanya.
Katanya lagi, baginda juga merupakan antara insan yang menjadi tempatnya berkongsi cerita sewaktu tempoh kehamilan.
“Selain keluarga, insan yang saya berkongsi cerita tak lain tak bukan, Raja Permaisuri Agong. Tuanku mengambil berat sewaktu patik mengandungkan Aafiyah. Tuanku sempat mencemar duli ke rumah patik untuk beri nasihat.
“Tuanku memang seorang yang sangat mengambil berat kepada rakyat dan khusus wanita yang ada masalah mendapatkan cahaya mata.
“Pengalaman paling manis selepas di scan dan baby dah ada degupan jantung. Lalu dibunyikan loceng menandakan saya hamil, Itu adalah kegembiraan dan kenangan yang takkan saya lupakan,” ujar Siti lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan Raja Permaisuri Agong pada Majlis Pelancaran Pembukaan Pusat Kesuburan Alpha IVF & Women Specialist, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain itu, Siti turut berterima kasih kepada Datuk Dr. Colin Lee, pengasas pusat berkenaan yang juga merupakan individu yang membantunya menjalani proses rawatan IVF.
Pada majlis itu, Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu Comel Pipi Merah yang turut ditemani permata hatinya Siti Aafiyah Khalid yang dirakamnya ketika kandungannya berusia tujuh bulan.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih sedekad, Siti disahkan hamil anak sulung pada Jun 2017 selepas beberapa kali menjalani rawatan kesuburan.
Sumber: IG ctdk