Tarik nafas lega seluruh rakyat Malaysia apabila mendengar tiada sekatan jalan raya untuk Hari Raya Aidiladha ini.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada sekatan akan dikenakan kepada individu yang ingin pulang ke kampung.
“Sebenarnya tiada sekatan perjalanan. Sebab itu saya kata, masih boleh balik kampung, cuma perlu patuhi SOP lah. Walaupun kerajaan benarkan balik kampung, kita perlu jaga kita,” katanya ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media hari ini.
Ads
Berkenaan SOP untuk aktiviti ibadah korban, Kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang telah dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban.
Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban hanya dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban. dan jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus.
Ads
Tambah beliau, untuk jamuan di rumah sempena Hari Raya Aidiladha tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
Ads
Terdahulu, media melaporkan keputusan kerajaan untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) susulan peningkatan kes baru COVID-19 di Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ditanya mengenai bagaimana Zarina mengenal pasti kembarnya menghidap Autisme, menurut Zarina anak kembarnya lahir pada usia lapan bulan dan dan terpaksa menggunakan incubator selama sebulan. ketika mereka dilahirkan, tiada perbezaan yang dapat dikesan kecuali kedua-dua anak kembarnya dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia 8 bulan . Masa itu tidak ada apa-apa kelainan pada mereka.
“Saya hanya mengesan perubahan ketara dalam diri mereka ketika berusia tiga tahun apabila mereka lambat bercakap. Dan Azril lebih banyak mengantukkan kepalanya ke dinding dan tidak bercakap. Saya membawa mereka menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan doktor mengesahkan anak-anak saya menghidap autisme. Pada ketika itu, saya agak terkejut dan sukar menerima hakikat tetapi lama-kelamaan saya pasrah dan redha bahawa Allah meminjamkan saya bukan seorang, tetapi dua orang anak syurga yang perlu saya berikan perhatian khusus,” sambung Zarina yang pernah berhadapan situasi takut untuk hamil lagi, bimbang dikurniakan anak istimewa lagi.
Kini, usia Azrai dan Azril telah mencecah 20 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, si ibu tidak pernah putus mencurahkan sepenuh perhatian dan dorongan untuk kedua anaknya agar mampu berdikari dan meneruskan kelangsungan hidup.
“Saya banyak meluangkan masa bersama mereka dan melihat sendiri perkembangan diri mereka dari sehari ke sehari. Semasa mereka masih kecil, telah banyak sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak Autisme yang saya hantar dan pelbagai cabaran pernah saya lalui dalam membesarkan mereka.
Pernah satu ketika, mereka terpengaruh dengan sifat tantrum pelajar lain di sekolah sehingga menjadikan keadaan dua kali ganda daripada biasa. Pernah saya terpaksa memberikan Azril ubat-ubatan untuk menenangkan dirinya sebelum ke sekolah kerana bimbang jika dia membuat sesuatu yang tidak dapat dikawal ketika di sekolah. Azril menghidap autisme kronik berbanding abangnya, Azrai hanya mild autism. Jadi dia boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika dia merasa kemahuannya tidak dapat dipenuhi.
Tambah Zarina, kasih sayang dan perhatian terhadap dua lagi anaknya tetap sama walaupun jika dilihat dari segi perhatian si kembar lebih memerlukannya. Namun sokongan keluarga dan suami, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar amat penting dalam memastikan keempat-empat puteranya itu mendapat sentuhan kasih sayang dari sebuah keluarga.
Kesedaran masyarakat terhadap anak-anak istimewa ini perlu dipertingkatkan untuk memastikan tidak wujud sebarang masalah yang boleh memberi kesan jangka panjang. Bagaimana untuk mendidik dan mendedahkan anak-anak autisme ini dengan dunia luar, anda boleh dapatkan majalah Keluarga bilangan 248 yang sudah ada di pasaran.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak timba ilmu ni tak pandang dek umur, dalam Islam pun tidak meletakkan had dan menggalakkan kita untuk menuntut ilmu.
Sesuai dijadikan inspirasi buat golongan muda, pelakon dan juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menggenggam ijazah sarjana pada usia 43 tahun.
Zed Zaidi atau nama lengkapnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di City University Malaysia, telah memuat naik foto upacara bermakna yang turut dihadiri isteri, Natalia Datuk Mustafa.
“Akhirnya selesai segala cabaran dan ujian untuk menghabiskan pengajian ini.
“Terima kasih kepada isteri, anak, keluarga dan pensyarah yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Pendidikan Kepimpinan dan Pengurusan (Masters of Education Leadership and Management).
“SEMOGA APA YANG SAYA LALUI MENJADI MOTIVASI KEPADA MEREKA YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sedikit info, beliau sebelum ini memiliki Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia.
Pada 2016, bapa kepada tiga cahaya mata ini menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dikecapinya. Malah, ada juga yang menjadikan kejayaan yang dicapai ini sebagai inspirasi bagi diri mereka.
Sumber: Instagram Zed Zaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada kerajinan dan minat untuk berkebun sayur, walau sekadar di balkoni kediaman pun boleh, tiada masalah. Bahkan bukan satu dua jenis sayur yang dapat ditanam, malah pelbagai. Ini sebagaimana perkongsian dari Gee Ja di laman Facebook yang memiliki ‘kebun sayur’ walau tinggal di tingkat 10!
Difahamkan Gee Ja ada menanam sawi choy sum, pakchoy, kailan, kangkung, bayam, bayam brazil, genovese basil, thai basil, bendi, ulam raja, kunyit, bangun-bangun, pudina.
Cabaran:
-angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
-balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad.
Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur-sayur dapat cahaya yang cukup.
-sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak – banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus gnat. Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan untuk control. Tak berjaya sangat.
Semua pasu saya ni bercampur kulit telur, memang niat saya nak kurangkan sampah dari dapur, guna kulit telur, guna kopi/teh.
Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Pertanyaan Gee Ja mendapat perhatian warganet dan ramai memberi komen berkenaan cara kawalan serangga perosak secara lebih selamat menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Antaranya Hans Ryder memberikan cadangan, “Tabur kulit telur.. tajam2… jemur kulit telur pastu hancurkan dgn tgn.. kasar sikit tabur dlm pasu… lagi buat buh seulas bawang putih pada setiap pasu.. kasi serangga perosak jauh dari tanaman…”
Selain itu dia menambah lagi, “Boleh spray dgn baja organik iaitu cili api campur bawang putih blend dgn air sabun basuh pinggan… test dulu sikit2.. takut melecur daun nanti…”
Manakala Kuan Kwong Foo memberi komen, “Can Try Neem Oil mixed with Baking Soda and Dish Detergent Liquid … Works for me 🙏”
Komen daripada Afiq Zulkifli pula, “Sy guna jgk kaedah guna spray cili tu.. tp xberhasil, blh cuba pulak nga air cengkih. Saya tukar kaedah ini alhamdulillah serangan aphit, benang dan daun yg kerinting pd cili dah tak ada”
Lain pula cara yang dipraktikan oleh Sarita Subramaniam, ujarnya “Air basuhan beras perap 24jam, siram kat pokok. Memang bau tapi pokok sihat & gemuk.”
Malah banyak lagi komen dan cadangan yang diberikan oleh warganet, apa yang pasti antara mereka tidak lokek berkongsi ilmu penanaman untuk menfaat bersama.
Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Intan Najuwa kini tampil berkongsi wajah puteri kesayangannya itu yang diberi nama, Imane Lunara.