“Syukur Tiada Benda Pelik-Pelik Sepanjang Tinggal Di Rumah Ni.” Bekas Pemain Bola Sepak Kedah Beli Rumah Tinggal 30 Tahun Lepas Dapat Restu Ibu Ayah.

Share

Siapa sangka rumah usang yang ditinggalkan selama 30 tahun yang terletak di tengah bandar Alor Setar telah transformasi dengan bermodalkan RM60,000 kini merupakan milik bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof.

Tinjauan oleh beberapa pembeli sebelum ini telah membatalkan hasrat setelah melihat keadaannya rumah yang seakan hutan ini.

Malah rumah  dulunya digelar ‘berpuaka’ telah diubah suai dengan cantik ditanah berkeluasan 4,500 kaki persegi. Menurut Azmeer banyak cerita yang menyeramkan semasa beliau datang melihatnya termasuk pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah ruang tamu rumah serta tandas yang terlalu gelap gelita kerana pemilik lama tak meletak tingkap.

Beliau nekad memilik rumah itu dengan restu mak ayah penting dan penduduk bertanya dengan penduduk minta pendapat.

Baca  artikel menarik di sini: Niat Menabung Akhirnya Lebur, Hampir RM1000 Duit Rosak & Koyak, Bila Disimpan Dalam Tabung Yang Sama.

 Elak Terus Masuk Gear ‘P’ Untuk Kereta Auto, Ikuti Cara Lelaki Ini Masuk Gear Masa ‘Parking’ Dengan Betul.

Beliau mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM60,000 untuk membaiki kediaman terbabit termasuk membeli barangan kelengkapan lain. Bekas pemain pertahanan itu turut berhabis RM200,000 untuk keseluruhan kos termasuk harga tanah berkenaan bernilai RM140,000.

“Kegilaan apakah ini beli rumah yg dah ditinggalkan hampir 30 tahun. Dan agent penjual tanah memberi tahu, saya orang yg entah ke berapa datang tengok tanah tersebut.”

 

Beli rumah restu ibu ayah

Jiran-jiran sini beritahu, mereka pun tak berani tengok rumah ni. Kalau naik motor lalu sebelah rumah ni, dorang pulas throttle 120km/j .

Ada yang kata melalui tingkap rumah ni ada ‘ mata-mata ‘ melihat. Ada yang kata orang mati dalam rumah ni. Ada yang kata rumah ditinggalkan selama 30 tahun.

Entahlah, saya beli je sebab saya tak pernah ada rumah sendiri. Lagi pun dapat restu mak ayah, so beranikan je beli. Lagi pun nak buat macam mana, rumah macam ni je saya mampu beli .


Syukur tiada benda pelik-pelik yang berlaku sepanjang tinggal di rumah ni. Sekarang Alhamdulillah tak perlu menyewa dah.

Update terbaru

Transformasi rumah yang ditinggalkan 30 tahun

Selepas

Sebelum

Selepas

Sumber: Azmeer Yusof

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club