“Syukur Saya Dapat Pecah Tradisi Dalam Keluarga..”-Nubhan Rancang Cukupkan 5 Cahayamata!

Share

Berkongsi berita gembira, Nubhan memaklumkan di Instagramnya bahawa isterinya telah selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi perempuan seberat 3.37 kilogram  kira-kira pukul 11.45 pagi pada 12. 1.2022 yang lalu.

Memetik perkongsiannya di Artis Malaysia difahamkan Nubhan sangat seronok dan bersyukur  dengan kelahiran anak ketiganya ini.

“Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka. Perasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.

“Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar.

“Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah! Sekarang ini biarlah isteri berehat dulu sampai anak besar sikit, dia pun akan sibuk dengan perniagaannya selepas ini.

“Syukur saya dapat pecah tradisi dalam keluarga memiliki dua anak perempuan sebab dalam lapan adik beradik lain mereka hanya memiliki seorang sahaja anak perempuan dan ada yang semua lelaki,” demikian kata penyanyi Nubhan yang meluahkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.

Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi. Pasangan ini turut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagram milik masing-masing.

Untuk makluman, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Aafiya Kamilia berusia empat tahun dan Ahmad Aaffan, dua tahun.

Sumber : Artis Malaysia & IG Nubhan Ahamad

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club