“Syukur, Ramadan Istimewa Tahun Ini.” Tiga Kali Tangguh Nikah, Kini Dr Amalina Selamat Diijabkabulkan. Tahniah!

Share

Selepas tiga kali terpaksa tunda majlis pernikahan akibat Perintah berkurung, akhirnya Dr Nur Amalina Che Bakri selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada 31 Mac yang lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, upacara akad nikah telah diadakan di London Central Mosque yang dihadiri oleh beberapa orang ahli keluarga dan kenalan terdekat.

 

 

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Amalina melahirkan  rasa syukur dan lega kerana semua urusan telah selesai walaupun upacara akad nikah sebelum ini terpaksa ditangguh sebanyak tiga kali kerana perintah berkurung.

“Rancangan awal kami adalah untuk mengadakan majlis resepsi pada bulan Mac di Malaysia dan Jun di UK tetapi kami menangguhkannya sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.

 

Tambahnya lagi, majlis pernikahannya diadakan mengikut SOP yang ditetapkan di sana.

Sumber: Dr Amalina Bakri

Belian barangan menarik di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club