Syukur Pak Wan Dah Balik Rumah! Keluarga Alif Satar Pula Ramai Yang Membantu. Ini Baru Betul,  Kita Jaga Kita!

Share

Umum sudah mengetahui bahawa datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19, Sabtu lalu. Hari ini khabar digembira daripada perkongsian Alif menerusi hantaran di Instagram datuknya, Mohamad Che Noh kini sembuh setelah dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Syukur Pak Wan dah pulang!

That’s my Pak wan, 91 year old Covid-19 survivor in the car on his way home! ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan haritu, semoga Allah swt membalas jasa baik anda semua!! p/s Alif masih di Melaka.

Ramai artis mendoakan Pak Wan

 

s1 (5)

Rindu keluarga

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbarunya diinstagram, Alif mula meluahkan merindunya keluarganya termasuk isteri. Untuk makluman, penyanyi ini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Homesick.. i miss my queen @shadilahalid

Bagaimana pun, isteri Alif dan anak-anaknya kini turut kuarantin di rumah. Namun mujur sejak ketiadaanya, jiran tetangga banyak membantu menghulurkan bantuan. Alif melahirkan rasa syukur melihat sikap prihatin masyarakat setempat di kediamannya.

Prihatin 

Ni dia.. contoh #KitaJagaKita . Alhamdulillah Komuniti jiran tetangga Alif sangat supportive, memahami dan membantu dalam kesusahan.. Alif sangat terharu. Neighbours alif tau tentang situasi keluarga alif sekarang dengan isteri dan anak-anak alif perlu kuarantin diorang semua offer bantuan, nak tolong buang sampah lah.. tolong hantar makanan lah ini baru betul #KitaJagaKita. THANK YOU MD COMMUNITY, YOU KNOW WHO YOU ARE Faith in humanity restored.. p/s Harini rezeki @shadilahalid dengan anak-anak mom dad bought groceries for them and ada hamba Allah nama En Aziz dan Arsyad buat Nanas masak lemak dan our neighbour Jasmine tinggalkan depan pintu.

Semoga Alif cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan keluarga

Sumber: alifsatar