“Syukur Dapat Ajar Arwah Mengucap…”-Ibu Reda Anak Meninggal Dalam Kemalangan!

Share

Menghadapi saat pemergian orang tersayang buat selamanya di depan mata, bukanlah mudah dan ia memerlukan seseorang itu lebih tenang dan reda menerima ujian hidup. Apa tidaknya, insan yang selama ini sentiasa ada di sisi tiba-tiba sekelip mata pergi mengadap Ilahi.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

“Saya bersyukur dapat mengajar arwah mengucap beberapa kali serta mengampunkan semua dosa arwah yang ketika itu masih lagi bernyawa,” kata Hasimah Ton Ismail, 49 ibu kepada Muhammad Aidil Adha Nazri, 23.

Katanya, dia reda dengan apa yang terjadi, semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Dalam sekelip mata dia kehilangan anak yang tersayang dan kakak ipar, Bosiah Abdullah, 62.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam kenderaan Perodua Viva yang dinaiki lima sekeluarga terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan Nissan Elgrand dan lori Hicom MTB150DXL di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Kampung Sabak Feri, Rompin.

Hasimah Ton yang duduk di tempat duduk hadapan berkata, dia masih ingat ketika kejadian berlaku pandangannya menjadi gelap dan dalam keadaan separuh sedar dia melihat keadaan arwah (Muhammad Aidil Adha) yang tersepit.

“Arwah ketika itu masih bernyawa walaupun mengalami kecederaan serius pada bahagian dada terkena stereng kereta, tulang rusuknya juga dikatakan patah.

“Saya yang duduk di sebelahnya menurunkan kerusi bagi membolehkan arwah berbaring, ketika itu saya mengajarnya mengucapkan beberapa kali dan mengampunkan semua dosa arwah pada saya.

“Ketika itu hanya Tuhan saja yang mengetahui perasaan saya melihat keadaan arwah, saya berdoa semoga arwah selamat namun Tuhan lebih sayangkan dia,” katanya yang Taman Agropolitan Tanjung Batu, Nenasi, di sini.

 

Beliau menambah, arwah anak kedua daripada lima beradik bekerja dengan syarikat DRB Hicom di Pekan adalah anak yang baik dan taat pada agama serta banyak membantu keluarga.

Hasimah Ton berkata, tidak ada sebarang perubahan pada arwah anaknya sebelum kejadian dan mereka begitu terasa dengan kehilangannya sentiasa berusaha membantu keluarga.

“Kejadian pagi semalam akan menjadi sejarah hitam yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila, bukan saja kehilangan anak tersayang tetapi juga seorang kakak ipar yang amat baik dengan kami sekeluarga.

Kami hanya mengalami kecederaan pada bahagian muka dan anggota lain,” katanya.

Beliau berkata, jenazah anak dan kakak iparnya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Nenasi Darat, di sini kira-kira 3 petang hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pemandu Nissan Elgrand, Azhan Azif, 39, yang mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dalam keadaan kritikal.

Sumber : Harian Metro

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club